Memaparkan catatan dengan label iklan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iklan. Papar semua catatan

Isnin, April 26, 2010

Peduli Palestine - !Perhimpunan Perdana Palestine! - 8 Mei 2010

0 Komen

Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh
: 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik

- Persembahan Nasyid & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu Jemputan

- Skeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air

Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda.
Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung
Bawa bersama sejadah untuk solat berjemaah di Stadium

Anjuran

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Global Peace Mission
* Muslim Care

Dengan Kerjasama

* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Muadz4peace.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami
Office & Correspondence Address:

Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


603 7846 4146
info@lifeline4gaza. org

Sabtu, April 10, 2010

Peduli Palestine:Israel terus menceroboh Gaza

0 Komen
April 9, 2010


Israel telah bertindak melancarkan satu lagi siri pencerobohan ke atas Gaza. Kali ini, askar-askar Zionis Israel memasuki kawasan Al Qurara di timur Khan Younis.
Menurut laporan berita PressTV, kereta-kereta kebal dan jentolak-jentolak tentera Israel memasuki sehingga kira-kira 500meter ke dalam daerah Khan Younis pada awal hari Khamis, 8 April. Mereka memusnahkan tanah-tanah penduduk dan ladang di kawasan yang dimasuki.


Dalam perkembangan berkaitan, berita International Middle East Media Center (IMEMC) menyebut bahawa sebuah kenderaan tentera Zionis Israel telah diserang dengan roket ketika mereka cuba memasuki semula Khan Younis. Kenderaan tersebut bergerak dalam misi menyelamatkan sebuah jentolak tentera yang rosak ketika menjalankan operasi memasuki daerah berkenaan.


Akhir bulan lepas, tentera Zionis Israel memasuki kawasan selatan Qarara dan seterusnya menakluk kawasan Dair al-Balah, di tengah Gaza. Kejadian tersebut berlaku hanya beberapa hari selepas kenderaan yang lengkap bersenjata Israel memasuki kawasan selatan Khan Younis, yang mengakibatkan seorang rakyat Palestin terbunuh dan beberapa orang yang lain tercedera.


Gaza telah sekian lama dikepung menjadi penjara terbesar di dunia. Zionis juga mengenakan embargo yang berterusan sejak lebih lima tahun lalu, di mana tidak siapa dibenarkan masuk ke Gaza, dan tidak siapa juga dibenarkan keluar dari Gaza, tanpa kebenaran mereka.


Jalan masuk melalui laut dipantau oleh armada tentera laut Zionis, di mana nelayan-nelayan Gaza hanya dibenarkan keluar sehingga 3 batu nautikal sahaja, itupun tertakluk kepada budi-bicara tentera laut Zionis Israel.


Lapangan terbang antarabangsa Yasser Arafat telah ditutup sejak tahun 2001 apabila landasan, menara kawalan dan stesen radar musnah dalam serangan Israel. Pada bulan Januari 2002, lapangan terbang tersebut tidak dapat digunakan sama sekali apabila jentolak-jentolak Israel memusnahkan semua landasan di situ — satu-satunya lapangan terbang yang ada di Gaza.


Manakala di darat pula, Gaza dipisahkan dari dunia luar dengan terbinanya tembok pemisah Aparthied di sepanjang sempadan antara Gaza dan Negara Haram Israel sejak tahun 1994. Mesir juga mengikut jejak langkah Zionis Israel dengan membina tembok besi sepanjang 7km sempadannya di Rafah.
Setelah dikepung dan diembargo sedemikian rupa, Zionis secara berterusan menceroboh masuk ke Gaza, merosakkan bangunan dan ladang, dan terus membunuh orang awam yang cuba menyelamatkan harta, keluarga, tanah air dan maruah mereka. Adakah lagi jenayah lain sehebat ini dalam sejarah dunia moden ini? Sedangkan dunia terus membutakan mata mereka, dan dengan penuh rela hati mengizinkan Zionis menghina tamadun manusia.


nak iklan sikit...kepada rakyat Kelantan jemputla ramai2 datang ke Konsert Shoutul Harakah sambil menderma untuk saudara kita di Palestine...Ayuh! sama2 kita berjihad untuk saudara kita di Palestine lillahi Ta'ala...


Selasa, November 24, 2009

JOm serTai...!!

0 Komen
Jom Ramai2 kita sertai Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS!! Jangan lepaskan peluang ini....sila tekan banner di bawah ini atau di side bar blog ini.....


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...