Isnin, Oktober 12, 2009

Wanita: Ke mana Hilangnya Perasaan Malu?

0 Komen


SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya.
Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.
Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.



Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit.. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.
Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua. Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.
Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.



Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.



Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa.. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.
Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

Kiriman: Nur Fathin bt Muhamad Fadzil (Kolej Teknologi Darulnaim).
sumber di pautan

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka

ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Facebook dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam. Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut:

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

 "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya. Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan mahram malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW:

"Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan mahram:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan mahram gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan mahram kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to" melainkan dengan kaum sejenis, “make eye contact” teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukkan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".
p/s: Sumber di pautan

Jumaat, Oktober 09, 2009

Zinnirah : Wanita Buta yang Celik Hatinya...

0 Komen



Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan.
Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan.
Dia hanyalah seorang
hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya.
namun dia memiliki aqidah
tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam.
Biarpun fizikal wanita ini
diseksa dgn berbagai-bagai kesakitan, penderitaan &
kesusahan tetapi hatinya
tetap kpd Allah swt. Dia menerima penyeksaan itu
walaupun tubuhnya hancur
akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang &
hantukan. Namun, demi Islam
dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai
yg tahu kisah
ketabahan & keagungan cintanya kpd Allah swt. Wanita
ini tidak punya ijazah,
tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi
memiliki pangkat yg
besar. Namun, Allah swt memuliakan dan memberi
penghormatan yg tinggi
kepadanya.



Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun
dilonggokkan emas
sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yg
telah bertunjang di
hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di
antara org yg awal
memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa
yg memeluk Islam, tidak
seorang pun bebas drpd pelbagai penderitaan, kecaman,
kata nista dan
penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita
berbangsa Rom ini telah
ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar
al-Khattab membelinya dgn
harga yg murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi
tawanan tuannya.


Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan
pengislamannya drpd
diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org
lain tiada di rumah
atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang
nyenyak tidur. Namun,
lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh
musuh.

Sudah tentu org yg paling marah ialah tuannya sendiri
iaitu Umar. Siapakah
yg tidak kenal dgn Umar al-Khattab yg terkenal dgn
sikap kejam, bengis,
ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperi
kemanusiaan itu. Umar
terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua
belah kaki tangan
Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari.
Bayangkanlah antara
seksaan yg dihadapinya. Sungguh panas padang pasir
pada waktu siang dan
terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dgn
batu besar dan 1001
macam penyeksaan yg diterimanya.


Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu
menguntum senyuman. Hatinya
tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah,
Allahu Akbar, Allah lah
yg Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu
wahai Tuhan, aku
membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di
akhirat ". Begitulah
ungkapan katanya yg menjadi penawar utknya.





Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialah
matanya dicucuk dgn besi
tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya
masih mampu
berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih
rela daripada menjual
agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa
kehebatan dan
keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin
menguatkan diri ini
utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah
petunjuk kpd org yg
menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar
memeluk Islam setelah
mendapat hidayah Allah swt melalui adiknya, Fatimah.
Malah Saidina Umar
menjadi sahabat yg tergolong Khulafa
Arrasyidin...Sifat pembengisnya
bertukar menjadi lembut, garang bertukar kpd pemaaf,
bakhil bertukar pd
pemurah,tidak berhati perut kpd bertimbang rasa, gila
dunia kpd gila
akhirat.



Kembali kpd Zinnirah, walaupun matanya buta utk
melihat alam maya tapi
hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran
Islam. Pandangan hati boleh
menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan
Zinnirah, org-org Quraisy

cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah
buta kerana menerima
laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.


Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala
itu tiada sedikitpun
kena mengena dgn matanya. Dia cuba meyakinkan mereka

bahawa masalah buta itu
adalah dtg drpa Allah swt. Maka Allahlah yg berkuasa
mengembalikan
pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar
Zinnirah kerana
mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa
kerana bosan melihat

ketabahan hatinya.



Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak drpd keimanan
kpd Allah swt. Tiada
siapa yg boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah
swt mengambil sekejap
nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kpd
Zinnirah. Allah swt
menggantikannya dgn mata yg lebih baik. Zinnirah boleh
melihat seperti
biasa, lebih terang drpd matanya yg asal. Demikianlah
pertolongan Allah swt

kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama
kemudian, Saiyidina
Abu Bakar dtg menyelamatkan Zinnirah dgn membelinya
dgn harga tinggi.
Terselamatlah dia drpd menjadi penindasan org-org
kafir.

Di antara sifat wanita yg solehah ini, dia sentiasa
merasa Allah swt
memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila

nafsunya mengajak
berbuat sesuatu perkara yg mungkar, segera pula
hatinya bertindak balas dgn
mengatakan Allah swt Maha Melihat. Nafsu yg mahu
berbuat segera ditepis dgn
katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dgn

neraka?".


Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dgn
akhlaknya. Hasilnya, hati
dan jiwa merasa aman drpd kongkongan hawa nafsu.
Kemerdekaan jiwa inilah yg
diperolehi oleh Zinnirah, wanita yg tidak terkenal di
dunia tetapi terkenal
di langit.


Marilah kita berazam dgn membulatkan sepenuh
pengharapan memohon pada Allah
swt supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah.
Sekiranya diuji dgn
pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah.
Biarlah iman kita sekuat
dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah "contoh ikutan muslimah"

kita, Zinnirah....






Zinnirah
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah
Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala


Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi


Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi
Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman


Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi

Khamis, Oktober 08, 2009

Pesanan Untuk Orang Cantik..

0 Komen




Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal dan mempertikai itu ini.




Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.


Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasaan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?


Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.



Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.


Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.


Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!


Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160)
" Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan drpd yang dijumpainya"



kesimpulan daripada penulis:
 
Semua manusia adalah sama dan tiada perbezaan disisi Allah kerana Allah tidak memandang pada harta, rupa, pangkat darjat atau sebagainya sebaliknya Allah hanya memandang nilai taqwa dan iman seseorang. Setiap orang tidak sesempurna Rasulullah tetapi kekurangan bukanlah satu alasan untuk kita mencapai kesempurnaan dan terus ke depan. Jadikan Rasulullah sebagai qudwah hasanah. Kelebihan bukan untuk dibanggakan, jika tersingkap kelemahan maka dalam sekelip mata maruah kita akan tercemar. Jangan jadikan keburukan itu sebagai kelemahan, jangan jadikan kelemahan itu menguasai diri kita. Jadi kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Terimalah seadanya dan jadilah diri kita yang sebenar.

Isnin, Oktober 05, 2009

20 Perkara Jangan!!

0 Komen



Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi sesungguhnya kebanyakkan perkara yang menyeronokkan itu yang mendatangkan keburukan kepada kita. Begitu juga dengan makanan, kebanyakkan makanan yang enak tidak halal dan mengandungi ramuan yang syubhah serta memudaratkan kesihatan. Tetapi ramai tidak menitikberatkan perkara ini bahkan hanya segelintir sahaja. Kebiasaannya masalah yang kecil ini akan menjadi besar jika perkara yang asas tidak dipedulikan. Umat Islam zaman kini sudah lalai sehingga tidak tahu yang halal atau haram. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil iktibar. Memang tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri sama ada sengaja atau tidak sengaja. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.


Berikut adalah 20 Perkara Jangan kita lakukan dalam kehidupan seharian kita:-
  1.  Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur atau ada sebab yang munasabah mengikut syara' lain cerita.

  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita dan menyebabkan ibadah solat kita tidak sah.


  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan kita ketika makan atau minum.


  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Hukumnya makruh dan mewarisi kepapaan serta akan memudaratkan kesihatan.


  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat) tidak akan datang dan mewarisi kepapaan.


  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.


  7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan serta kelihatan seperti orang yang kurang siuman.


  9. Jangan biarkan mata liar (melihat perkara yang bertentangan syara') diperjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja atau ketika bersosial. Banyak buruk dari baiknya. Perlu tahu adab-adab bergaul mengikut syara'.


  11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


  12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia tidak kira jika memang kita bersalah atau tidak.


  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia. Begitu juga dengan saudara kita sendiri.


  14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita takbur apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. Kita mesti niat kerana Allah s.w.t dalam setiap kerja yang kita lakukan kerana banyak kelebihannya.


  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita serta meneratkan silaturrahim.


  16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa dan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.


  17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. Bak kata pepatah: " Berbohong lama-lama mencuri".


  18. Jangan suka menganiaya atau menzalimi manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


  20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk kebaikan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sebelum terlambat.

"-S-e-L-a-M-a-T- -b-E-r-M-u-J-a-H-a-D-a-H-"

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...