Assalamua'alaikum wbt,
Mukaddimah (tasawwur awal)
Alhamdulillah, pada entry kali ini ana sekali lagi terpanggil untuk menulis sedikit coretan yang bermain dalam kepala ana pada waktu ini. Ana mohon maaf sekiranya tidak dapat berkongsi perkara yang bersifat fakta dan ilmiah. Tapi, percayalah sahabat2 yang dikasihi sekalian, perkara yang ana ingin usulkan kali ini adalah bersifat pendidikan rohani bagi wanita-wanita “bertuah” akhir zaman. Perkara ini merupakan satu perkara yang perlu di ‘koreksi’ oleh wanita agar lebih berwaspada sebelum diri menjadi bahan fitnah yang lebih besar. Allahu Akbar!
Secara fitrahnya, sememangnya wanita dilahirkan bersama-sama ‘fitnah’. Apakah fitnah yang ana maksudkan? (Bagi yang ‘teremosi’ dengan statement ana, sabar..ana juga wanita seperti sahabat2 semua, mohon semak dulu entry yang tidak seberapa ini, terima kasih).
Mari kita fikir bersama misi @ tujuan wanita diciptakan. Ana rasa tidak perlu untuk ana memanjangkan kalam ana di blog ini, kerana jawapan ada pada diri kalian semua. Adakah soalan ana terlalu umum? Ana mahu sahabat2 (wanita khususnya) menelaah lebih detail jika wanita dikaitkan dengan lelaki. Kunci jawapan sahabat2, jika merasakan ia sebahagian daripada persepsi, mohon rujuk sumber2 yang lebih jelas.
Bagaimana ana menilai perkara ini ditahap kerisauan yang kritikal? Untuk lebih mengetahuinya, kenalilah perwatakan Sang Lelaki Era Global. Pastinya sahabat2 merasakan tahap kerisauan yang teramat sangat sekiranya didorong dengan iman dan taqwa, insyaAllah. Disini ana tidak berkesempatan untuk membawa contoh2 sirah srikandi islam terdahulu bagi memperjelaskan lagi input yang serba ringkas ini. Insya Allah, ana akan bawakannya di ruang2 entry seterusnya.
Pendetailan Isu
Sekiranya dilihat pada skop yang lebih kecil, apa sahaja yang berkaitan dengan wanita dianggap menarik oleh lelaki, tidak kira dari segi lahiriah mahupun batiniah. Wanita ibarat warna yang mewarnai kehidupan lelaki. Jika difikirkan mengapa lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu: antara unsur nafsu yang boleh diinterpretasikan ialah nafsu terhadap wanita, dimana nafsu ini melebihi sifat nafsu yang ada pada wanita dan hanya boleh dirasai oleh lelaki. Oleh yang demikian, wanita perlu menunjukkan keprihatinan mereka melalui penjiwaan watak lelaki dan ini salah satu cara yang mampu mematangkan wanita.
Penjiwaan yang bagaimana? Penjiwaan yang ana maksudkan ialah memahami bentuk ‘penyeksaan’ bagi lelaki, iaitu dari segi komunikasi, penampilan (pakaian), sifat kewanitaan yang ter’over dan sebagainya. Wanita mesti menjaganya dengan agama, seperti mana syariat telah tetapkan kepada wanita muslim.
Cabaran Dunia Globalisasi
-
Internet
Dunia tanpa sempadan (internet dan media massa) mampu menjejaskan ‘kewarasan’ mental lelaki. Kalau dilihat pada sudut pandang yang lebih ‘tajam’, banyak perkara yang mereka (lelaki) belajar daripada Sifu Internet ke tahap melampau sehingga wanita tiada arah untuk ‘berlindung’ kemana? Dimana? Dengan mudah mereka (lelaki) ‘mengscan’ wanita, walau daripada ayat, suara, fizikal wanita, cara berjalan dan sebagainya. Kita (wanita) berhadapan dengan sejumlah besar golongan (lelaki) yang sebegini. Walaupun tidak semua, tapi, kita sebagai wanita perlu meletakkan ‘masalah’ ini ditahap kewaspadaan agar tidak mudah di’bahan’ oleh golongan2 yang kurang ‘kewarasan’ (mengilahkan nafsu).
Bahana di ruang sosial, umumnya, wanita akan lebih terdedah di ruangan ini. Bergantung kepada diri wanita itu sendiri untuk menjaga @ melindungi diri dengan metod yang pelbagai. Terkadang emosi wanita yang terlalu excited untuk sharing and caring menarik minat lelaki untuk mendekati wanita. La taqrabuzzina.. ya Allah, moga ana tidak terlalu kritis dalam menilai perkara yang terlalu bersifat teknikal ini. Untuk mendapatkan penjelasan terhadap perkara khilaf ini, ana mohon sahabat2 bertanya kepada yang selayaknya. Ana sendiri tidak pasti sama ada ana meletakkan sempadan terlalu melampau ataupun tidak.
Televisyen
Dilayar perak, wanita perlu ‘dilindungi’. Berbalik kepada unsur yang pernah ana isukan diatas, wanita adalah fitnah. Sepatutnya wanita perlu memikirkan sudut kesesuaian terhadap realiti semasa untuk kita (wanita) berada. Sememangnya wanita turut ditaklifkan sebagai daieyah, tapi, kita dipanggil untuk melihat kecenderungan ke tahap keperluan realiti semasa. Contoh: Dalam dunia lakonan, dimana, apa watak yang sesuai yang boleh kita bawa. Sebenarnya, itu sudah cukup untuk menjerumuskan kita ke dunia yang penuh dengan fitnah, tapi, ana bawakan contoh ini kerana ana melihat jika kita berada dalam ruang lingkup ‘keperluan’ keberadaan di dalam dunia lakonan.
Contoh lain yang lebih syadid, program realiti tv untuk muslimah. Sekalipun untuk muslimah, dari sudut kritisnya ana lihat perkara ini tidak wajar, mengapa? Jujur ana katakan, ini hanya pandangan peribadi. Mengapa sahabat2, ana melihat dalam konteks wanita bukan alat atau barang pameran. Fahamilah maksud ana dengan lebih mendalam. Sekiranya, media tidak menyiarkan peserta-peserta bertuah ini di televisyen dan dibuat dengan lebih tertutup tanpa kemera @ sebarang alat rakaman, ianya akan tampak lebih releven serta bersesuaian dengan sifat wanita yang mesti ‘dilindungi’. Kualiti wanita dibina dengan ‘penjagaan’ yang sangat rapi supaya tidak mendatangkan fitnah yang lebih besar mahupun dosa orang yang melihat dan dilihat.
Penutup
Sebelum menutup kalam ini, ana ingin intai sebentar tujuan ana merakam penulisan entry ini ialah bukan bermaksud untuk mengkritik @ memperendahkan lelaki, tapi fitrah zaman ini perlu disedarkan pembawaan masing2. Ia menunjukkan respon ana terhadap fenomena yang berlaku lewat zaman ini.
Justeru, ana seru pada kaum wanita yang amat berharga ini agar meningkatkan kualiti dan potensi diri dengan menjana kematangan, ilmu dan hubungan dengan Allah (paling utama) dan makhlukNya.
Lelaki berperanan dalam mendidik peribadi wanita dan bukan hanya meletakkan kesalahan dipihak wanita sahaja. Wanita pula jangan sesekali mengharapkan kebergantungan kepada lelaki kerana mereka juga manusia, sebaliknya, Allah lah tempat kebergantungan kita yang selayaknya. Allahu Akbar 3X!!
الإسلام يعلوا ولا يعلى عليه