Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Isnin, Ogos 09, 2010
Marhaban Ya Ramadhan...
Dicatat oleh
Ana Syaafi
0
Komen
Ramadhan kareem... menjelang Ramadhan ini, sudah pastinya ramai yang 'sibuk' dengan persiapan mereka tidak kira untuk persediaan di dunia mahupun di akhirat.. kalau dilihat pada 'uruf ataupun adat masyarakat di malaysia.. syawal dinanti2, ramadhan sepi (ibadah wajib? sunnat apetah lg..) .. n berpuasa hanyalah simbolik bulan 'jihad'.. jihad jenis yg bagaimana? jihad berlumba2 untuk mengumpul rezeki (bazar, shopping kompleks n sbagainya), menguruskan badan, dll.. bkn nk mnghalang niat 'murni' kalian.. tp, x perlulah kita untuk berlbih-lebih dalam urusan yang diharuskan olehNya.. mudah2an, kita tidak tergolong dalam golongan yang lagha, amin.. ...Kiasan Syaitan dibelenggu dibulan Ramadhan..
Bercakap mengenai syaitan dibulan ramadhan, ana ada terbaca sdikit bingkisan karya Ust Zahazan.. dimana beliau menyatakan bahawa nabi pernah bersabda yang mafhumnya : "Apabila tiba bulan puasa, maka terbuka pintu2 syurga dan tertutup pintu2 neraka, dan syaitan2 dirantai." kita sering difahamkan, syaitan itu benar2 dibelenggu, tapi itu adalah kefahaman berdasarkan makna tersurat.. sebaliknya makna hakiki yang dikiaskan oleh hadith itu ialah berikutan kesedaran manusia yang terlalu tinggi sepanjang ramadhan, sehingga diibaratkan syaitan terbelenggu.. dan pada bulan ini juga syurga itu terbuka luas kerana luasnya rahmat Allah.. dan tertutupnya pintu neraka sebagai tanda besarnya pengampunan Allah.. maka, tidak mustahil masih ada golongan yang melakukan ma'siat, malah bertambah2 ibaratkan tidak langsung menghormati bulan yang dipilih oleh Allah ini.. ini bukan sahaja godaan syaitan yg telah lama 'bermukim' dengannya, tp juga godaan nafsu yang melonjak2 dan tidak dapat dikawal.. Alangkah 'miskinnya' umat Islam hari ini.. tidak ada langsung berakhlak dengan penciptanya, bahkan berbangga dengan mahar2 dosa yang dijaja dan dibeli.. Alangkah dangkalnya pemikiran mereka, sedang manusia menuju keredhaan Allah, mengumpul mahar untuk menempah kamar disyurga.. sebaliknya mereka bermewah2 dengan keni'matan yang sementara.. apalah sangat dengan ni'mat dunia yang sentiasa kita dahagakan.. sedang keabadian menunggu diSANA.. & bruntunglah bg mereka yg menuntut keredhaan Allah..
Rabu, September 09, 2009
10 AMALAN YANG TERBALIK
Dicatat oleh
Ana Syaafi
0
Komen
.:: Renung Kembali ::.
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? Fikir-fikirkanlah....
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau orang-orang kaya kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan ibadah haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
**Utarakan pendapat anda mengenai 10 Amalan Yang Terbalik ini diruang Suara Penunjung**
.:: Selamat Bermujahadah ::.
Isnin, September 07, 2009
Menghayati makna, hikmah peristiwa Nuzul al-Quran
Dicatat oleh
Ana Syaafi
0
Komen
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
RAMAI pengkaji berselisih pendapat tarikh sebenar turunnya kitab suci al-Quran, namun mereka bersepakat mencatat peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Perkataan 'nuzul' (نزول ) bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jenayah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.
Firman Allah SWT: "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An'am:38) Nuzul al-Quran suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Bukan setakat membaca, bahkan kita harus berusaha menyelidiki rahsia ilmu pengetahuan di dalamnya.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5)
Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran."
Antara faedah membaca al-Quran adalah; - Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
- Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
- Memperoleh pahala yang banyak;
- Membahagiakan rakan seperjuangan;
- Menghapus kesalahan dan dosa;
- Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
- Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
- Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
- Memelihara umur manusia;
- Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
- Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.
Isnin, Ogos 31, 2009
@@ Fadhilat Tarawikh @@
Dicatat oleh
Ana Syaafi
0
Komen
KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:
Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir`aun dan Hamman.
Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."
Renunglah dan hayatilah kelebihan lain yang dirangkumkan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Umatku diberi Allah lima perkara di bulan Ramadan yang tidak diberi kepada umat terdahulu, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, malaikat akan memohon keampunan kepada Allah untuk orang berpuasa sehingga sampai waktu berbuka, syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak boleh berleluasa seperti biasa, Allah akan menghiasi syurga setiap hari (sebagai kurniaan untuk orang yang berpuasa), Allah akan mengampunkan dosa mereka yang berpuasa sehingga akhir Ramadan.”
Sabtu, Ogos 22, 2009
Fadhilat Puasa Di Bulan Ramadhan
Dicatat oleh
Ana Syaafi
0
Komen

Hadith 1
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Umatku
telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada
sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah
terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon
istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman
kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan
meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke
arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada
malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka
sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam
Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah s.a.w.:"Tidak tetapi selayaknya seorang yang
beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya".
Hadith 2
Ubadah Bin Somit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu, Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa`id al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima"
Hadith 4
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Terdapat 3 jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit.
Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke ata mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari, bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (dari segi syariah)
atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya".
Renunglah dan hayatilah kelebihan lain yang dirangkumkan Rasulullah s.a.w. dalam
sabdanya yang bermaksud: "Umatku diberi oleh Allah lima perkara di bulan Ramadhan yang tidak diberi kepada umat terdahulu, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, malaikat akan memohon keampunan kepada Allah untuk orang
berpuasa sehingga sampai waktu berbuka, syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak boleh
berleluasa seperti biasa, Allah akan menghiasi syurga setiap hari (sebagai kurniaan untuk
orang yang berpuasa), Allah akan mengampunkan dosa mereka yang berpuasa sehingga akhir Ramadhan".
p/s: Segala yang baik hanya datang dari Allah dan begitu juga segala salah atau silap telah sentiasa dikurniakan Allah pada Hamba yang kerdil ini sebagai ujian di muka bumi ini dan bekalan di dunia. harap segala kesilapan ditegur secara hikmah. InsyaAllah. WalLahu`alam.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan......
Dicatat oleh
Ana Syaafi
0
Komen

Ini adalah sedikit tazkirah daripada ana untuk para pengunjung,
Mari kita tingkatkan keimanan kita di dalam bulan yang penuh berkah,
jangan kita sia-siakan sedetik waktu kita dengan perkara-perkara yang lagha,
tingkatkan keimanan dan meriahkan bulan yang berkah ini dengan sentiasa
taqarrub (mendekatkan diri dengan Allah), basahkan lidah kita dengan zikrullah,
bertadarrus, membaca al-Qur`an, tingkatkan amalan kita dengan banyak sedekah,
memberi senyuman, saling memberi tazkirah dan nasihat-menasihati,
rehatkan minda kita dengan membaca buku-buku fikrah atau banyak menghadiri majlis ilmu,
dan kita mesti berfikiran kreatif untuk meluangkan masa kita dengan perkara-perkara
yang dapat keredhaan Allah, setkan minda dan hati kita untuk melakukan
amalan2 tersebut adalah kerana untuk mencapai Redhotillah,
bukan kerana pahala atau syurga tapi kerana redha-Nya
Ingat!....Redha-Nya...InsyaAllah
WalLahu`alam.
p/s: segala kesilapan atau kesalahan harap ditegur, insyaAllah moga sama-sama kita mendapat ilmu, keberkatan dari Allah..amin
Langgan:
Catatan (Atom)



