Isnin, Ogos 31, 2009

SELSEMA BABI??? BALA DARI TUHAN ATAU ANGKARA DARI YAHUDI???

0 Komen
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!!

Alhamdulillah... hari ini sudah masuk hari ke-10 Ramadhan 1430H... Semoga Ibadah kita dalam tahun ini terutamanya ibadah Puasa dalam bulan yang Mulia ini diterima Allah dan dijadikan saham kita di SANA. InsyaAllah...

Jadi hari ni ana ingin membincangkan tentang penyakit yang sangat popular pada hari ini sehinggakan ada orang yang fobia apabila mendengar perkataan HARAM 1 NAJIS 1 ni...(H1N1)...
Penyakit Selsema Babi yang menular pada kali ni.... apakah ianya Bala dari Allah atau Angkara dari musuh Islam??? inilah yang menjadi persoalan perbincangan yang berkaitan dengan B.A.B.I. ini.. sebelum tu, sukalah merafaqkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah menjauhkan daripada penyakit yang berbahaya ini.....
Sekarang sekiranya mempunyai masa bacalah dulu artikel daripada penulis laman web konspirasi Malaysia ini ibnuyaacob
 
Konspirasi Selsema Babi Terbongkar!
oleh Ibnuyaacob
Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’.
Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video(tekan sini)), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.
Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan. Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas.
Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya?
Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikel Bahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsema babi.

(Bahagian 1)

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.
Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.
Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.


Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.
Perkara itu ialah …
Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

(Gambar) Dr. Ralph Steinman (Kiri) University of Rockefeller
Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.
Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.
Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?
Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.(tekan sini untuk mengetahui agenda mesyuarat Kelab bilderberg)

Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.

Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.
Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.
Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi?

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?
Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;
__________________________________________________________________________________
“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”
_________________________________________________________________________________
Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?
(Bahagian 2)
Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia (MALAYSIA). Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.
Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.
Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi
Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.
Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.

(Kiri) Franklin Roosevelt, Presiden Amerika 1933-1945 (Tengah) David Icke, Penyiasat Konspirasi. (Kanan) Richard Nixon, Presiden Amerika 1969-1974.

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.
Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.
Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.

Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.
Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.
Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan

Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.
Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;
  • Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
  • Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
  • 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.
Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;
__________________________________________________________________________________

Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”
__________________________________________________________________________________

(Bahagian 3)
Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu?
Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.

Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema

Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Beliau berkata dengan penuh yakin;
_________________________________________________________________________________
“I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,”
_________________________________________________________________________________

Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;
_________________________________________________________________________________

“I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare.”
______________________________________________________________________________
Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak.

(Kiri) Giora Eiland (Kanan) Uzi Arad
Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad.

Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.

Siapa sebenarnya Giora Eiland?

Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF.

Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.

Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.

Program Pembinaan Senjata Biologi Israel

Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi.

Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust.
Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang.

Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi.

Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.

(Gambar) David Ben Gurion
Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan-penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann.
 (Kiri) Logo IIBR (Kanan) Bangunan IIBR di Ness Ziona, Israel.
Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.

Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel

Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel.
Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.

Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.?

Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR.

Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel.
Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.

Kesimpulan

Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;
_________________________________________________________________________ 
“Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia.”
________________________________________________________________

Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.
Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.
Wallahu’alam …
....

Sekian....

itulah dia satu artikel yang sangat hebat untuk perbincangan Masalah Selsema Babi ini yang mana penyiasat konspirasi ini telah menemuinya untuk kita...
jadi persoalannya sekarang.... Vaksin Selsema Babi yang dikeluarkan sendiri oleh Amerika??? adakah kita ingin mempercayainya.... Wahai Pemerintah kerajaan yang disanjungi... Sedarlah sekarang kita di ancam... janganlah mengambil Vaksin itu kerana ianya dipercayai boleh membunuh.... (tekan Sini untuk membaca bahayanya Vaksin Selsema Babi ini)


Jadi Lepas ini insyaAllah ana akan mengemukakan Penawar-Penawar yang akan ana petik dari laman blog Musleem United yang telah dikirimkan Allah untuk kita merawati Penyakit H1N1 nie... sepertimana Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud ( Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali diturunkan bersamanya ubatnya kecuali MATI) jadi Kalau yang sudah meninggal dunia... kita redha sahaja semuanya takdir Allah...ajal sudah tiba.... Firman Allah bermaksud (Sekiranya datang kepada kamu ajal kamu, maka tidak akan dilewatkan satu saatpun atau didahulukannya.) seperti Cogan Kata Persatuan Silat Pusaka Gayong Malaysia " Berpantang Maut Sebelum Ajal"
WalLahu`alam

Yakjuj dan Makjuj – Berita Gempar dari NASA

0 Komen
WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.
“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”. Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan.

“Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.


“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama. Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber. “Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”. “Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu.

Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan. “Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87) “Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90). “Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.


“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..
Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?

@@ Fadhilat Tarawikh @@

0 Komen
KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH


Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:

Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir`aun dan Hamman.

Malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:

Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:

Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:

Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:

Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."



Renunglah dan hayatilah kelebihan lain yang dirangkumkan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Umatku diberi Allah lima perkara di bulan Ramadan yang tidak diberi kepada umat terdahulu, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, malaikat akan memohon keampunan kepada Allah untuk orang berpuasa sehingga sampai waktu berbuka, syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak boleh berleluasa seperti biasa, Allah akan menghiasi syurga setiap hari (sebagai kurniaan untuk orang yang berpuasa), Allah akan mengampunkan dosa mereka yang berpuasa sehingga akhir Ramadan.”

Ahad, Ogos 30, 2009

Tanda Kiamat...

0 Komen


Assalamualaikum..w.b.t.

Di sini ana ingin meluahkan pendapat ana yang sudah lama tersarang dalam lubuk jiwa ini. Walaupun video ini sudah menjadi isu lama atau lapuk tapi isu ini tetap terpahat dalam jiwa seorang Muslim demi menegakkan maruah Islam yang telah tercalar gara-gara mulut yang tidak ada insurans..ini sudah terbukti akan tanda-tanda akhir zaman. Mana pergi maruah Islam mereka yang selama ini mereka anuti. Mereka sanggup menggadai agama mereka iaitu agama Islam untuk mencari publisiti murahan semata-mata. Apa nak jadi dengan "Dunia Artis" sekarang ni, semakin rosak anak remaja sekarang bukan sahaja remaja yang dipengaruhinya malah kanak-kanak yang berusia baru setengah jagung pun dirosaknya. Mereka telah menguningkan minda anak-anak muda sekarang melalui drama, filem, nyanyian (media massa) dan media cetak.

Di sini kita sudah nampak bahawa semua ini adalah perancangan Yahudi laknatulLah yang sedang merancang kita dari belakang. Kita tidak sedar bahawa musuh-musuh kita telah merancang semua ini sejak dulu lagi. Mereka sudah merancang bagi menghancurkan umat Islam dengan pelbagai cara sedikit demi sedikit. Mereka telah memulakan rancangan mereka di negara Islam yang lain seperti Iraq, Afganistan, Palestin, Pakistan, Lubnan (Timur Tengah) dll. Dengan cara peperangan kerana mereka menganggap bahawa umat Islam di sana sukar untuk dipengaruhi dengan media massa, media cetak (pemikiran), politik, perkauman sahaja jadi mereka menggunakan kekerasan. Tetapi di sini, di bumi Malaysia yang dianggap aman makmur, mereka menggunakan rancangan dengan merosakkan pemikiran umat Islam di sini melalui media massa, media cetak, politik, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dsb bagi melaga-lagakan, memecah-belahkan (politik) umat Islam di sini. Hal demikian terjadi akibat ibu bapa yang mengatur cara hidup mereka (keluarga) mengikut cara barat bahkan tidak langsung memasukkan unsur keagamaan dalam hidup mereka sebab itu anak-anak muda sekarang jahil tentang agama kerana ibu bapa mereka sendiri turut jahil tentang agama.

Oleh itu, fikir-fikirkanlah, muhasabah diri kembali, pulanglah kembali ke jalan benar iaitu jalan yang diredhai oleh Allah. Jangan biarkan anak-anak anda atau anda sendiri terkapai-kapai dalam lembah kehinaan dan melayan nafsu syaitan laknatulLah.

Rabu, Ogos 26, 2009

Pesanan Rasulullah S.A.W Kepada Wanita

0 Komen

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara diri kita dari godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta akhlak Islam yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah SAW….

wallahu taa’la a’la waa’lam..

7 Pintu Neraka

0 Komen
Neraka mempunyai tujuh pintu, untuk masing-masing pintu di huni (sekelompok pendosa yang ditentukan)” (Qs al Hijr :44)

Diriwayatkan dalam Anwar Nu’maniyah dan Biharul Anwar bahwa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi saw memintanya untuk menjelaskan keadaan neraka. Jibril menjawab: Wahai Nabi Allah, sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setiap pintu lebih panas dari pintu yang lain, nama-nama pintu tersebut adalah:
  1. Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.
  2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrik yang menyekutukan Allah.
  3. Pintu ketiga untuk kaum sabian (penyembah api).
  4. Lazza, pintu ini untuk setan dan para pengikutnya serta para penyembah api.
  5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.
  6. Sa’ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.
  7. Tatkala sampai pada penjelasan pintu yang ketujuh, Jibril terdiam. Nabi saw meminta Jibril untuk menjelaskan pintu yang ketujuh, Jibril pun menjawab: “Pintu ini untuk umatmu yang angkuh”; yang mati tanpa menyesali dosa-dosa mereka.
Lalu, Nabi saw mengangkat kepalanya dan begitu sedih, sampai beliau pengsan. Ketika sedar beliau berkata: Wahai jibril, sesunggguhnya engkau telah menyebabkan kesusahanku dua kali ganda. Benarkah umatku akan masuk Neraka?”

Kemudian Nabi saw mula menangis. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan sesiapapun selama beberapa hari, dan ketika solat beliau menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Kerana tangisannya ini, semua sahabat turut menangis, kemudian mereka bertanya: “Mengapa beliau begitu bersedih?” Namun beliau tidak menjawab.

Saat itu, Imam Ali r.a sedang pergi melaksanakan satu misi, maka para sahabat pergi menghadap sang wanita cahaya penghulu wanita syurga, Sayyidah Fathimah r.h, mereka mendatangi rumah suci beliau, dan pada saat itu Sayyidah Fatimah r.h sedang mengasah gerinda sambil membaca ayat “Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal” (al-A’la:17). Para sahabat pun menceritakan keadaan ayahnya (Rasulullah saw). Setelah mendengar semua itu, Sayyidah Fatimah r.h bangkit lalu mengenakan jubahnya (cadur) yang memiliki dua belas tambalan yang dijahit dengan daun pohon kurma. Salman al-Farisi yang hadir bersama orang-orang ini terusik hatinya setelah melihat jubah Sayyidah Fathimah r.h, lalu berkata: ”Aduhai! Sementara putri-putri kaisar dan kisra (penguasa Persia kuno) duduk di atas singgasana emas, putri Nabi ini tidak mempunyai pakaian yang layak untuk dipakai”.
Ketika Sayyidah Fathimah r.h sampai di hadapan sang ayah, Ia melihat keadaannya yang menyedihkan dan juga keadaan para sahabatnya, kemudian ia berkata: “Wahai Ayahanda, Salman terkejut setelah melihat jubahku yang sudah penuh dengan robekan, aku bersumpah, demi tuhan yang telah memilihmu menjadi Nabi, sejak lima tahun lalu kami hanya memiliki satu helai pakaian di rumah kami, pada waktu siang kami memberi makan unta-unta dan pada waktu malam kami beristirahat, anak-anak kami tidur beralaskan kulit dengan daun-daun kering pohon kurma. Nabi berpaling ke arah Salman dan berkata “Apakah engkau memperhatikan dan mengambil pelajaran?”
Sayyidah Fatimah az-Zahra melihat -kerana tangisan yang tidak terhenti- wajah Nabi menjadi pucat dan pipinya menjadi cekung. Sebagaimana yang di ceritakan oleh Kasyfi, bahwa bumi tempat beliau duduk telah menjadi basah dengan air mata. Sayyidah Fatimah r.h berkata kepada ayahnya, semoga hidupku menjadi tebusanmu, “Mengapa Ayahanda menangis?” Nabi saw menjawab, “Ya Fatimah, mengapa aku tidak boleh menangis?, kerana sesungguhnya Jibril telah menyampaikan kepadaKu sebuah ayat yang menggambarkan keadaan neraka. Neraka mempunyai tujuh pintu, dan pintu-pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu celah api. Pada setiap celah ada tujuh puluh ribu peti mati dari api, dan setiap peti berisi tujuh puluh ribu jenis azab”.
Ketika Sayyidah Fatimah mendengar semua ini, beliau berseru, “Sesungguhnya orang yang dimasukkan ke dalam api ini pasti menemui ajal”. Setelah mengatakan ini beliau pengsan. Ketika sedar, beliau r.h. berkata, “Wahai yang terbaik dari segala mahluk, siapakah yang patut mendapat azab yang seperti itu?” Nabi saw menjawab, “Umatku yang mengikuti hawa nafsunya dan tidak memelihara solat, dan azab ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan azab-azab yang lain.

Setelah mendengar ucapan ini, setiap sahabat Nabi saw menangis, “Derita perjalanan alam akhirat sangat jauh, sedangkan perbekalan sangat sedikit”. Sementara sebahagian lagi menangis, “Aduhai seandainya ibuku tidak melahirkanku, maka aku tidak akan mendengar tentang azab ini”, Ammar bin Yasir berkata, “Andaikan aku seekor burung, tentu aku tidak akan ditahan (di hari kiamat) untuk di hisab”. Bilal yang tidak hadir di sana datang kepada Salman dan bertanya sebab-sebab duka cita itu, Salman menjawab, “Celakalah engkau dan aku, sesungguhnya kita akan mendapat pakaian dari api, sebagai pengganti dari pakaian katun ini dan kita akan diberi makan dengan zaqqum (pohon beracun di Neraka). Masihkah kita memandang remeh ancaman siksa neraka? Atau biarkan diri kita lalai dan sibuk dengan kesenangan dunia yang sementara ini? sumber
Oleh: Ahmad Fahmi Al-Jufri

Hadis : Seringan-ringan Azab Di Neraka

0 Komen
(Hanya Gambaran)
Hadis :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW bersabda:”Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak.” (Muslim)
Huraian :

1. Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW telah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di sekitar kota Mekah. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam manakala yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang baginda.
2. ABU TALIB merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui atau menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Beliaulah yang memelihara nabi setelah kematian datuknya Abdul Muttalib. Baginda selalu dilindungi oleh bapa saudaranya ini daripada ancaman musuh dakwah baginda. Namun begitu di saat akhir kematiannya, Abu Talib tidak memeluk agama Islam.
3. Dalam sebuah hadith riwayat Muslim dikatakan bahawa ketika Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW dalam keadaan tenat, Rasulullah menghampirinya sedangkan ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah, Rasulullah mengajak Abu Talib mengucapkan “laailaah illallaah”, namun Abu Jahal dan Abdullah memujuknya agar tetap mengikuti agama Abdul Muttalib. Demikian seterusnya berlaku hingga Abu Talib meninggal dunia tidak dalam keadaan beriman, lalu Rasulullah bersabda “Demi Allah aku akan meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang, lalu turunlah ayat surah Taubah:113-114 yang maksudnya “Tiadalah sepatutnya bagi Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman meminta ampun kepada Allah bagi orang-orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum kerabatnya, setelah jelas bagi mereka, bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam. Dan keampunan yang dipohon oleh Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya. Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.”

4. Mendo’akan orang kafir yang masih hidup hukumnya harus, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika berhadapan dengan perlakuan buruk dari kaumnya yang musyrik, doa baginda:”Ya Allah tunjukkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui” dan Rasulullah juga pernah berdoa agar Umar memeluk Islam hingga akhirnya dikabulkan oleh Allah. Namun begitu mendoakan orang kafir yang telah meninggal dan diketahui ia meninggal dalam keadaan kafir, hukumya haram seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.

Kegerunan Neraka Jahanam

0 Komen
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka disebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

0 Komen
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah
melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan
syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling
besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
2. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua
ibu-bapa.
3. Mayat yang mukanya berbentuk ****. Itulah petanda
semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu,
tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar
ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum
arak, berjudi sahaja.Tak tutup aurat juga perbuatan
keji.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang
haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya
mencuri…harta yang haram. Merompak…harta haram.
Melesapkan duit kawan…harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh
tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka
berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air
itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat
orang yang suka makan riba’.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang
semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
SubhanalLah, betapa gerunnya wajah-wajah orang yang kufur dan betapa indahnya wajah-wajah orang yang beramal soleh. Marilah kita bertaubat selagi mana pintu taubat kita masih terbuka.

3 Kategori Cinta

0 Komen
Ramai tahu perkataan C.I.N.T.A. suatu perasaan kasih sayang dari naluri setiap manusia ini ditafsirkan oleh saya secara kasar tetapi sayangnya ramai yang salah memilih dan menggunakan nikmat fitrah yang diberikan oleh Allah kepada manusia sampai ada yang terjerumus dalam lembah kehinaan, kemaksiatan. Jadi fikir-fikirkanlah. 3 Kategori Cinta:-

1. CINTA DARIPADA SYAITAN
- Lelaki dan perempuan menyukai antara satu sama lain, dan berpegangan tangan dan melakukan maksiat
2. CINTA DARIPADA JIN
- Lelaki menyihir wanita agr mencintainya tanpa diketahui oleh wanita.
3.JODOH DARIPADA ALLAH S.W.T
- Lelaki mencintai wanita dan meminangnya agar wanita itu halal baginya.
Kategori yang mana cinta anda? Jika ianya cinta selain daripada 3, adalah lebih baik jika anda mengubahnya. Sesunggunya kamu mempunyai akal yang sempurna untuk memikirkannya. Muhasabah diri dan berubahlah ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH Allah S.W.T akan permudahkan anda.

Selasa, Ogos 25, 2009

Rahsia 13 Rukun Solat

0 Komen
Sebagaimana kita tahu rukun solat adalah wajib jika seseorang itu tidak melaksanakan atau meninggalkan salah satu rukun tersebut maka solatnya tidak sah. Masih ramai tidak tahu kelebihan atau rahsia tentang rukun solat ini. Jadi, di sini saya ingin menerangkan secara ringkas "Rahsia13 Rukun Solat". Terlebih dahulu saya ingin mengatakan bahawa kenyataan ini saya tidak selidiki sama ada sahih atau tidak kerana tidak sempat dan saya hanya mengambil artikel ini dari blog ini kerana saya amat tertarik dengan artikel yang dikeluarkan.


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur….

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A. Rasulullah S. A. W.bersabda :
(maksud penerangan hadith) Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.


Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
WalLahu`alam...


***

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Tips Wajah Dan Hati Yang Cantik

0 Komen
Setiap wanita mahupun lelaki pasti mahukan kecantikan dan kesihatan yang baik. Tiada orang di dunia ini tidak mahukan kecantikan dan kesihatan yang baik kecuali orang gila sahaja. Oleh itu, anda yang inginkan kecantikan dan kesihatan yang baik perlulah lakukan Tips seperti dibawah ini:-

· Ingin wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu'.
Jangan dikeringkan atau mengelap air wudhu' itu dengan kain atau tisu, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berdzikir, dan berdo’a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘bersenam’. Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh kerana sebaik-baik bersenam itu adalah solat. berkonsultasilah pada Allah SWT dengan berdzikir dan berdo’a.

· Bagi pelembab wajah, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak mengumpat, sum`ah, riak, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Ingin bertubuh langsing, berdietlah secara teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis….(niat kerana Allah bukan kerana mahu berdiet) Jika kuat, lebih bagus lagi puasa cara Nabi Daud AS iaitu selang satu hari, puasa kerana Rasulullah pernah berkata sebaik-baik puasa adalah puasa Nabi Daud a.s. . Selain itu, makanlah makanan halal lagi baik, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk mengembangkan dan menyegarkan diri, sebarkan salam dan sapaan secara syarak. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi serta ukhwah islamiah terjalin. Maka terbinalah ummah gemilang.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Fadhilat Puasa Di Bulan Ramadhan

0 Komen


Hadith 1
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Umatku
telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada
sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah
terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon
istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman
kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan
meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."


Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke
arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada
malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka
sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam
Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah s.a.w.:"Tidak tetapi selayaknya seorang yang
beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya".


Hadith 2

Ubadah Bin Somit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu, Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa`id al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima"


Hadith 4

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Terdapat 3 jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit.
Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Hadith 5

Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke ata mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari, bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (dari segi syariah)
atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya".


Renunglah dan hayatilah kelebihan lain yang dirangkumkan Rasulullah s.a.w. dalam
sabdanya yang bermaksud: "Umatku diberi oleh Allah lima perkara di bulan Ramadhan yang tidak diberi kepada umat terdahulu, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, malaikat akan memohon keampunan kepada Allah untuk orang
berpuasa sehingga sampai waktu berbuka, syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak boleh
berleluasa seperti biasa, Allah akan menghiasi syurga setiap hari (sebagai kurniaan untuk
orang yang berpuasa), Allah akan mengampunkan dosa mereka yang berpuasa sehingga akhir Ramadhan".


p/s: Segala yang baik hanya datang dari Allah dan begitu juga segala salah atau silap telah sentiasa dikurniakan Allah pada Hamba yang kerdil ini sebagai ujian di muka bumi ini dan bekalan di dunia. harap segala kesilapan ditegur secara hikmah. InsyaAllah. WalLahu`alam.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan......

0 Komen

Ini adalah sedikit tazkirah daripada ana untuk para pengunjung,

Mari kita tingkatkan keimanan kita di dalam bulan yang penuh berkah,

jangan kita sia-siakan sedetik waktu kita dengan perkara-perkara yang lagha,

tingkatkan keimanan dan meriahkan bulan yang berkah ini dengan sentiasa

taqarrub (mendekatkan diri dengan Allah), basahkan lidah kita dengan zikrullah,

bertadarrus, membaca al-Qur`an, tingkatkan amalan kita dengan banyak sedekah,

memberi senyuman, saling memberi tazkirah dan nasihat-menasihati,

rehatkan minda kita dengan membaca buku-buku fikrah atau banyak menghadiri majlis ilmu,
dan kita mesti berfikiran kreatif untuk meluangkan masa kita dengan perkara-perkara

yang dapat keredhaan Allah, setkan minda dan hati kita untuk melakukan

amalan2 tersebut adalah kerana untuk mencapai Redhotillah,

bukan kerana pahala atau syurga tapi kerana redha-Nya

Ingat!....Redha-Nya...InsyaAllah

WalLahu`alam.


p/s: segala kesilapan atau kesalahan harap ditegur, insyaAllah moga sama-sama kita mendapat ilmu, keberkatan dari Allah..amin

Ahad, Ogos 02, 2009

Dibunuh kerana bertudung!

0 Komen
Marwa el-Sherbani

Shahidah Marwa el-Sherbani

0 Komen
Sungguh ku kagum akan perjuangan dan ketabahan syahidah ini...
Sungguh ku sanjung akan perjuangannya lalui...
Mengapa, mengapa mereka
tergamak dan begitu kejam terhadap wanita ini?
sedih ku melihat perbuatan mereka yang begitu kejam..
hanya kerana masalah kecil sehingga menjadi besar
hingga menggegar dunia......
Ini kisah Seorang wanita ditikam 18 kali di dalam mahkamah di Jerman kerana bertudung!

Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua, ibu seorang anak kecil tiga tahun ditikam di hadapan suaminya.

Tidak cukup dengan itu, suaminya yang bergelut untuk menyelamatkan muslimah itu, turut ditikam tiga kali dan kemudiannya ditembak oleh Polis!

Kisah ini bermula Ogos 2008, tatkala Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung.

Malangnya, Alex menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang kes terhadap lelaki tersebut dan lelaki dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut.

Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman। Suaminya, yang juga tercedera ketika kejadian dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati.

Seorang blogger, Zeinobia melahirkan kedukacitaannya dalam post bertajuk “What If She Were A Lesbian (Bagaimana Kalau Dia Seorang Lesbian)", dan berkata,
"The woman is 32 years Marwa El-Sherbini , she was a pregnant in her second child when she was was stabbed.
[…]
This is for sure a hate crime but unlike other hate crimes like homophobic crimes or anti-Semitic crimes, it did not make the headlines abroad and I do not know why !! This is a racism crime , a woman is shot down stabbed like that so simple in the court room for God sake and it is not important to be covered in the media as it should !! She was a mother who was a pregnant for God sake !!May Allah bless her soul , she is a martyr of racism and hate. "
Wanita ini ialah Marwa El-Sherbini, 32 tahun, tengah mengandung anak kedua apabila ditikam.
[...]
Sesungguhnya, ini adalah jenayah kebencian, tetapi tidak seperti jenayah kebencian yang lain seperti jenayah Homofobik or jenayah anti semitik, hal ini ditidak diuar-uarkan media dan saya tidak tahu kenapa!! Hal ini adalah jenayah perkauman, seorang wanita ditikam dengan begitu mudah di kamar mahkamah dan tidak dilihat penting untuk dipaparkan media seperti yang sepatutnya!! Dia seorang ibu yang mengandung!!
Semoga Allah merahmati rohnya, dia seorang syahidah dek perkauman dan kebencian.
*****
Ahmed esmat mempersoalkan di Twitter sebagaimana Hisham Maged di dalam blognya, sambil bermain permainan "andai katalah",
Let us play the What IF game, just imagine if the situation was reversed and the victim was a westerner who was stabbed anywhere in the world or -God Heaven- in any Middle Eastern country by Muslim extremists, or even what the media used to call ‘minorities’ in Egypt! You definitely would have heard the world’s buzzing and the internet goes down too!
Mari kita bermain "andai katalah"। Bayangkan, andai katalah situasi ini diterbalikkan dan mangsa adalah seorang Barat yang ditikam di mana-mana atau di negera Timur Tengah oleh seorang Muslim, atau apa media sebutkan sebagai "minoriti" di Mesir! Pasti awak akan mendengar dunia bising dan internet juga begitu!
Bikya Masr, seorang yang blogger, mempersoalkan jika Marwa boleh dijadikan simbol atau ikon untuk menyatukan manusia। Dia menuntut tindakan diplomatik segera di semua peringkat;
Across the Middle East, anger is high. This anger, however, cannot fall into random diatribes against Germans, or Germany. It must maintain some semblance of coherence for any campaign that should be established to succeed. And it will if Sherbini truly is a symbol that can bring people together much like Neda in Iran did.
[…]
Do people believe Sherbini is a symbol? […] Egyptians should be outraged that a woman was verbally abused for wearing the veil and being Egyptian in the first place. The government should be sending a strong signal to Europe that this behavior is unacceptable, but they remain silent. That leaves it to the Egyptian population to take action.
[…]
Let us walk the streets in front of the German Embassy and demand a full investigation and report. Because if Germany cannot do this, then it once more proves that European hate for Muslims and Arabs is stronger than their so-called “freedom.” Yes, Marwa is a symbol, but she should be a symbol to bring people together, not divide them.
Seorang lagi blogger, Sadafat menulis;
لو أن يهوديا أصيب بكلمة أو مزحة ثقيلة في ألمانيا لأقامت رئيسة الوزراء الدنيا ولم تقعدها ولتنادت فوكس نيوز وسكاي نيوز بالدفاع عن العنصر السامي واعلان الحرب على اعداء السامية، وأما الأخت المصرية هذه فلا بواكي لها.
يجب ان تعلن الحكومة الألمانية ان هذا التصرف يمس المسلمين، يجب ان تضع في دستورها للغالبية الثانية من الديانيات وهم المسلمين حقوقا تحفظهم من العداء ضد الإسلام.
Jika seorang Yahudi terguris, di Jerman, walaupun dek sebutir perkataan atau jenaka, perdana menteri akan melakukan segalanya, dan memanggil Fox News dan Sky News untuk membela Semitisme dan mungkin mengisytiharkan perang terhadap antisemitisme. Tetapi, tidak ada seorang pun akan melaungkan untuk seorang wanita Mesir yang terbunuh di sana. Kerajaan Jerman sepatutnya tahu ini akan memberi kesan kepada Muslims dan sepatutnya meletakkannya di perlembagaan untuk majoriti agama kedua di negaranya, iaitu Muslim, atas haknya atas perlindungan dari kebencian terhadap Islam.
Ramai blogger Mesir melahirkan kedukacitaan mereka di Twitter।
Blogger Lasto Adri menyatakan,
بعد أن قال الغرب أن قاتل مروة الشربينى لا يمثل ألمانيا، وأن الحادث مجرد عمل فردى،
لا أتوقع من الغرب -ذاته- أقل من أى يلغى من كل معاجمه فكرة أن المسلمين إرهابيين، ويؤمن أن بن لادن وأعوانه -مثلا- لا يمثلون العرب أو المسلمين فى شئ، وأفعالهم كلها فردية!
وعلى رأى المثل.. لا تعايرنى ولا أعايرك.. دا التعصب طايلنى وطايلك!
Selepas Barat menyatakan pembunuh Marwa tidak mewakili Jerman, dan insiden itu adalah aksi individu, saya tidak mengharap lebih dari Barat untuk memadamkan pandangan yang Muslims adalah terroris, dan untuk mempercayai Bin Laden dan rakan taulannya - sebagai contoh tidak mewakili Arab mahupun Muslims dalam apa-apa perkara, dalam semua perkara yang mereka lakukan sebagai aksi individu!
Ada peribahasa menyatakan; Jangan menyalahkan saya apa yang kamu lakukan juga!
Kita berdua punya "ekstrimisme" yang sama!
MASYARAKAT KIAN MEMBARAH
Saya mengenang tindakan seorang khalifah yang lantas mengarahkan seluruh tenteranya memerdekakan seorang Muslimah dek Muslimah itu dihina di negara Kufar।
Nyata hari ini, perwira pembela Muslimah kita belum muncul lagi.
Mari kita usahakan dan doakan agar terus-menerus kita mengerjakan kerja-kerja pencerahan ini agar lahir dalam kalangan kita satria yang mampu memimpin Ummah.
Seorang hamba kepada Rabb dan seorang Khalifah Rabb pemakmur alam semesta.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...