Rabu, Ogos 24, 2011

Ikhtilat Satu Ujian

0 Komen


Alhamdulillah, Allah masih menetapkan kita dalam susur galur kehidupan yang mewah dengan ujian dan inilah satu-satunya jalan yang mengarah jalan taqwa.

Pilihan tajuk ana kali ini mungkin boleh dikatakan terlalu ‘common’, namun, kehidupan kita sebenarnya tidak terlepas daripada perkara basic yang menjadi asas atau prinsip kepada diri seorang khalifah.

IKHTILAT.. dalam bahasa yang lebih mudah ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Demikian tajuk yang ana anggap menjadi masalah ‘kita-kita’ pada hari ini.

(Cinta ana dan enta@enti? aku dan engkau kawan biasa? jelingan dan pandangan imiginasi tidak terkawal teruna dara? Pandangan Dr Love pada syariat? Dll)
Apakah ini sahabat2?

Ana tidak bermaksud untuk menjaga tepi kain orang, tetapi ana bimbang pada kualiti yang akan kita persembahkan pada Allah diakhirat kelak, sungguh kehidupan kita tidak akan pernah terlepas daripada merit Allah A’zza Wajalla.

Pergaulan seorang muslim itu terbatas kepada syahwat,  sekiranya semua memahami agama, sudah tentu tiada siapa yang akan mempersoalkan kenapa perlu menjaga ikhtilat.

Sememangnya lelaki dijadikan untuk perempuan, dan disebabkan itulah kita disyariatkan untuk berkahwin dan Allah memuliakan sesebuah perkahwinan dengan anak; hasil daripada perhubungan intim antara lelaki dan perempuan. Perasaan itu adalah fitrah, namun bagaimana kita mengemudinya.

Ana meletakkan jawapan itu ditangan sahabat-sahabat, dan ana tidak mahu menjelaskan lebih lanjut berkenaan dengan IKHTILAT. Untuk beberapa penjelasan berkenaan dengan hubungan lelaki dan wanita boleh rujuk pada blog ini:

http://addeen.my/

http://addeen.my/portal/index.php/munakahat/perkahwinan/item/235-jodoh-penzina-dengan-penzina



~Bimbing Diri Atasi Ikhtilat~


Pengalaman Pendidik Terbaik

0 Komen

Gambar Hiasan


Alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menaip mesej-mesej ringkas yang sering bermain difikiran ana. Mungkin penulisan kali ini berbentuk perkongsian pandangan dan kurang pada ‘input’ ilmu yang boleh ana serapkan. Musim berubah sebentar… insya Allah, pada sesi yang akan datang, ana lebih mengisi ruang-ruang blog ini dengan input yang lebih menarik dan ilmiah.

PENGALAMAN, satu perkara yang mudah untuk kita kongsikan bersama. Tapi, pengalaman yang ana maksudkan disini ialah bila mana kita kaitkan dengan tugasan atau sesuatu aktiviti yang bermanfaat dan sebagainya. Ini lebih membuatkan diri kita lebih berharga daripada sebelumnya.

1)      Pengalaman Berpesatuan.

Menarik dalam berpesatuan ini, kita dapat cabar potensi diri, bekerja secara praktikal, mengenal formaliti dalam skop kerja setiap ahli jawatan kuasa dan sebagainya. Disini berlaku perubahan secara berperingkat dalam diri kita secara langsung mahupun tidak, semua pekara tersebut kita dapat kenal pasti selepas kita mula serius dan beri komitmen pada tugasan kita. Uniknya, bila Allah mengatur sesuatu perkara untuk kita, dan kita membenarkan pilihan tersebut, Allah beri kita kemudahan dalam mencapai motif dalam bergerak kerja.

2)      Pengalaman Bekerja

Disamping berpesatuan, bekerja juga beri kita nilaian yang cukup besar untuk mengenal kehidupan. Ia juga salah satu cabang praktikal yang menjadi latihan dalam kehidupan kita. Beberapa kemahiran yang boleh dilatih, antaranya komunikasi dengan pelanggan, mengajar kita agar lebih kreatif, menanam ketegasan juga disiplin diri dan sebagainya.

3)      Pengalaman Kehidupan

Pengalaman hidup lebih bersifat tidak formal. Semua perkara yang berlaku disekeliling kita merupakan tenaga pengajar tetap kita, sekalipun benda atau objek, orang yang tidak kenali, alam dan sebagainya. Kebanyakkan yang kita tahu ialah apabila kita belajar dengan kehidupan. Sifat kita juga terpengaruh dengan faktor sekeliling dan keadaan semasa, serta perubahan.

~Pengalaman Memantapkan Diri~ 


Ahad, Ogos 21, 2011

Kita Manusia Biasa

0 Komen
Gambar hiasan



Pernah aku terfikir bila mana Sang Perwira di ‘highlight’kan sebagai sang penyelamat bangsa dan dilabelkan dengan pelbagai label-label yang lain, seolah-olah aku merasakan kesempurnaan diri itu pada seorang hamba. Tidakkah itu melangkaui sifat yang mesti ada dalam diri seorang hamba?

Sekalipun Allah memberikan keistimewaan dengan menjadikan diri sebagai khalifatullah, namun, konsep khalifah bukanlah satu titik tolak mengangkat seorang hamba menjadi orang yang terhindar daripada segala kelemahan atau kekurangan. Pemahaman terhadap sistem piramid tidak pernah wujud dalam kamus seorang hamba dan Penciptanya, melainkan taqwa.

Sungguh pun demikian, hamba-hamba ini tidaklah dikategorikan dalam satu bahagian sahaja, seperti mana yang diilhamkan dalam sistem piramid yang sering kita rungkaikan dalam ruang legar dunia seorang hamba. Bahkan Allah merigidkan pelbagai tugasan atau amanah pada diri setiap hamba, meskipun kita sedar atau tidak. Semuanya disusun dengan begitu baik mengikut kemampuan seoarang hamba. Dalam menjelaskan istilah kemampuan ini, kita diberi ni’mat akal untuk berfikir, ni’mat anggota untuk melakukan aktiviti yang wajar bagi seorang hamba, dan ni’mat-ni’mat yang menjadi keistimewaan itu jelas dalam kehidupan kita.

Aku sebenarnya lebih cenderung untuk menghuraikan ni’mat akal fikiran yang masih ‘malas’ untuk kita koreksi. Malah, kita tahu antara perbezaan kita sesama hamba adalah kemampuan akal setiap daripada kita. Ada hamba dianugerahkan akal dan otak dengan IQ dan EQ yang tinggi, dan sebahagiannya IQ sahaja dan ada yang sebaliknya. Maka, dalam usaha mengatasi isu perbezaan dan memahami perbezaan, segalanya berpaksikan kematangan, ilmu dan hati yang tidak pernah lepas kebergantungan kepada Allah.

Walau bagaimanapun, kita masih mempersoalkan isu perbezaan ini, (Mengapa mereka tidak berfikir? Mengapa mereka melakukan perkara sedemikian? Mengapa dan mengapa???). Mempersalahkan seseorang itu wajar, tapi kesalahan itu tidak semua berpihak pada mereka. Kadang-kadang, segala langkah yang diambil begitu tergesa-gesa untuk mencapai kemenangan sementara yang dianggap selama-lamanya dan kemenangan yang masih dalam imiginasi kita, kurang kita fokus bahawa kemenangan total adalah disisi Allah. Setiap daripada kita inginkan perubahan yang positif, tapi sejauh mana kita mencanai usaha-usaha yang bakal menjanjikan perubahan yang mendatang. Pembacaan fikiran kita terbatas, tidak mampu melihat semua sudut. Tapi, kita di’train untuk melihat semuanya ibarat dunia tanpa hijab. Sememangnya kita boleh katakan, penggunaan akal adalah ‘unlimited’.

~Aku Dalam Pencarian~


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...