Rabu, Ogos 24, 2011

Pengalaman Pendidik Terbaik


Gambar Hiasan


Alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menaip mesej-mesej ringkas yang sering bermain difikiran ana. Mungkin penulisan kali ini berbentuk perkongsian pandangan dan kurang pada ‘input’ ilmu yang boleh ana serapkan. Musim berubah sebentar… insya Allah, pada sesi yang akan datang, ana lebih mengisi ruang-ruang blog ini dengan input yang lebih menarik dan ilmiah.

PENGALAMAN, satu perkara yang mudah untuk kita kongsikan bersama. Tapi, pengalaman yang ana maksudkan disini ialah bila mana kita kaitkan dengan tugasan atau sesuatu aktiviti yang bermanfaat dan sebagainya. Ini lebih membuatkan diri kita lebih berharga daripada sebelumnya.

1)      Pengalaman Berpesatuan.

Menarik dalam berpesatuan ini, kita dapat cabar potensi diri, bekerja secara praktikal, mengenal formaliti dalam skop kerja setiap ahli jawatan kuasa dan sebagainya. Disini berlaku perubahan secara berperingkat dalam diri kita secara langsung mahupun tidak, semua pekara tersebut kita dapat kenal pasti selepas kita mula serius dan beri komitmen pada tugasan kita. Uniknya, bila Allah mengatur sesuatu perkara untuk kita, dan kita membenarkan pilihan tersebut, Allah beri kita kemudahan dalam mencapai motif dalam bergerak kerja.

2)      Pengalaman Bekerja

Disamping berpesatuan, bekerja juga beri kita nilaian yang cukup besar untuk mengenal kehidupan. Ia juga salah satu cabang praktikal yang menjadi latihan dalam kehidupan kita. Beberapa kemahiran yang boleh dilatih, antaranya komunikasi dengan pelanggan, mengajar kita agar lebih kreatif, menanam ketegasan juga disiplin diri dan sebagainya.

3)      Pengalaman Kehidupan

Pengalaman hidup lebih bersifat tidak formal. Semua perkara yang berlaku disekeliling kita merupakan tenaga pengajar tetap kita, sekalipun benda atau objek, orang yang tidak kenali, alam dan sebagainya. Kebanyakkan yang kita tahu ialah apabila kita belajar dengan kehidupan. Sifat kita juga terpengaruh dengan faktor sekeliling dan keadaan semasa, serta perubahan.

~Pengalaman Memantapkan Diri~ 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...