Ahad, Ogos 21, 2011

Kita Manusia Biasa

Gambar hiasan



Pernah aku terfikir bila mana Sang Perwira di ‘highlight’kan sebagai sang penyelamat bangsa dan dilabelkan dengan pelbagai label-label yang lain, seolah-olah aku merasakan kesempurnaan diri itu pada seorang hamba. Tidakkah itu melangkaui sifat yang mesti ada dalam diri seorang hamba?

Sekalipun Allah memberikan keistimewaan dengan menjadikan diri sebagai khalifatullah, namun, konsep khalifah bukanlah satu titik tolak mengangkat seorang hamba menjadi orang yang terhindar daripada segala kelemahan atau kekurangan. Pemahaman terhadap sistem piramid tidak pernah wujud dalam kamus seorang hamba dan Penciptanya, melainkan taqwa.

Sungguh pun demikian, hamba-hamba ini tidaklah dikategorikan dalam satu bahagian sahaja, seperti mana yang diilhamkan dalam sistem piramid yang sering kita rungkaikan dalam ruang legar dunia seorang hamba. Bahkan Allah merigidkan pelbagai tugasan atau amanah pada diri setiap hamba, meskipun kita sedar atau tidak. Semuanya disusun dengan begitu baik mengikut kemampuan seoarang hamba. Dalam menjelaskan istilah kemampuan ini, kita diberi ni’mat akal untuk berfikir, ni’mat anggota untuk melakukan aktiviti yang wajar bagi seorang hamba, dan ni’mat-ni’mat yang menjadi keistimewaan itu jelas dalam kehidupan kita.

Aku sebenarnya lebih cenderung untuk menghuraikan ni’mat akal fikiran yang masih ‘malas’ untuk kita koreksi. Malah, kita tahu antara perbezaan kita sesama hamba adalah kemampuan akal setiap daripada kita. Ada hamba dianugerahkan akal dan otak dengan IQ dan EQ yang tinggi, dan sebahagiannya IQ sahaja dan ada yang sebaliknya. Maka, dalam usaha mengatasi isu perbezaan dan memahami perbezaan, segalanya berpaksikan kematangan, ilmu dan hati yang tidak pernah lepas kebergantungan kepada Allah.

Walau bagaimanapun, kita masih mempersoalkan isu perbezaan ini, (Mengapa mereka tidak berfikir? Mengapa mereka melakukan perkara sedemikian? Mengapa dan mengapa???). Mempersalahkan seseorang itu wajar, tapi kesalahan itu tidak semua berpihak pada mereka. Kadang-kadang, segala langkah yang diambil begitu tergesa-gesa untuk mencapai kemenangan sementara yang dianggap selama-lamanya dan kemenangan yang masih dalam imiginasi kita, kurang kita fokus bahawa kemenangan total adalah disisi Allah. Setiap daripada kita inginkan perubahan yang positif, tapi sejauh mana kita mencanai usaha-usaha yang bakal menjanjikan perubahan yang mendatang. Pembacaan fikiran kita terbatas, tidak mampu melihat semua sudut. Tapi, kita di’train untuk melihat semuanya ibarat dunia tanpa hijab. Sememangnya kita boleh katakan, penggunaan akal adalah ‘unlimited’.

~Aku Dalam Pencarian~


Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...