Ahad, Disember 20, 2009

Salam Maal Hijrah



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani ::.

Selawat & salam dipanjatkan ke atas junjungan mulia akhirul anbiya' iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dengan hasil titik peluh serta penat lelah baginda dan para sahabat membawa amanah yang paling besar di mana sepanjang perjalanan hidup baginda dan para sahabat penuh dengan dugaan dan cabaran dan hanya mereka yang kebal iman dan tinggi kesabarannya sahaja dapat tempuh segala cabaran. Seterusnya, marilah kita mengucap kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan hasil titik peluh baginda dan para sahabat, dapatlah kita menikmati seindah nikmat-Nya iaitu iman dan Islam kerana lahirnya kita ke dunia ini tidak dalam kejahilan.

Dengan kesempatan ini, ana harap masih tidak terlambat untuk ana ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat serta semua pengunjung blog. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang lepas. Pelbagai peristiwa hijrah berlaku di bulan Muharram sebab itu dinamakan bulan hijrah. Kita harus faham makna hijrah dari segi jasmani dan rohani. Hijrah bukan sekadar berpindah tempat atau lokasi sahaja...kita perlu faham supaya kita dapat mencapai maksud hijrah yang sebenar. Kita perlu mengingati dan menghayati kembali peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. untuk kita jadikan ia sebagai wasilah dan landasan ke arah maksud hijrah yang sebenar.


ingin mengetahui mengenai sirah Awal Muharran & Amalan sunat pada Hari Asyura  layari: link


Di sini ana kongsi sedikit mengenai KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI TERSEBUT

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."



Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
 
Moga memberi  manfaat kepada para pembaca....salam maal hijrah 1431

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...