Selasa, Ogos 25, 2009

Tips Wajah Dan Hati Yang Cantik

Setiap wanita mahupun lelaki pasti mahukan kecantikan dan kesihatan yang baik. Tiada orang di dunia ini tidak mahukan kecantikan dan kesihatan yang baik kecuali orang gila sahaja. Oleh itu, anda yang inginkan kecantikan dan kesihatan yang baik perlulah lakukan Tips seperti dibawah ini:-

· Ingin wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu'.
Jangan dikeringkan atau mengelap air wudhu' itu dengan kain atau tisu, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berdzikir, dan berdo’a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘bersenam’. Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh kerana sebaik-baik bersenam itu adalah solat. berkonsultasilah pada Allah SWT dengan berdzikir dan berdo’a.

· Bagi pelembab wajah, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak mengumpat, sum`ah, riak, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Ingin bertubuh langsing, berdietlah secara teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis….(niat kerana Allah bukan kerana mahu berdiet) Jika kuat, lebih bagus lagi puasa cara Nabi Daud AS iaitu selang satu hari, puasa kerana Rasulullah pernah berkata sebaik-baik puasa adalah puasa Nabi Daud a.s. . Selain itu, makanlah makanan halal lagi baik, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk mengembangkan dan menyegarkan diri, sebarkan salam dan sapaan secara syarak. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi serta ukhwah islamiah terjalin. Maka terbinalah ummah gemilang.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...