Hadith 1
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Umatku
telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada
sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah
terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon
istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman
kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan
meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke
arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada
malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka
sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam
Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah s.a.w.:"Tidak tetapi selayaknya seorang yang
beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya".
Hadith 2
Ubadah Bin Somit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu, Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa`id al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima"
Hadith 4
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Terdapat 3 jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit.
Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke ata mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari, bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (dari segi syariah)
atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya".
Renunglah dan hayatilah kelebihan lain yang dirangkumkan Rasulullah s.a.w. dalam
sabdanya yang bermaksud: "Umatku diberi oleh Allah lima perkara di bulan Ramadhan yang tidak diberi kepada umat terdahulu, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, malaikat akan memohon keampunan kepada Allah untuk orang
berpuasa sehingga sampai waktu berbuka, syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak boleh
berleluasa seperti biasa, Allah akan menghiasi syurga setiap hari (sebagai kurniaan untuk
orang yang berpuasa), Allah akan mengampunkan dosa mereka yang berpuasa sehingga akhir Ramadhan".
p/s: Segala yang baik hanya datang dari Allah dan begitu juga segala salah atau silap telah sentiasa dikurniakan Allah pada Hamba yang kerdil ini sebagai ujian di muka bumi ini dan bekalan di dunia. harap segala kesilapan ditegur secara hikmah. InsyaAllah. WalLahu`alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan