Di sini ana ingin meluahkan pendapat ana yang sudah lama tersarang dalam lubuk jiwa ini. Walaupun video ini sudah menjadi isu lama atau lapuk tapi isu ini tetap terpahat dalam jiwa seorang Muslim demi menegakkan maruah Islam yang telah tercalar gara-gara mulut yang tidak ada insurans..ini sudah terbukti akan tanda-tanda akhir zaman. Mana pergi maruah Islam mereka yang selama ini mereka anuti. Mereka sanggup menggadai agama mereka iaitu agama Islam untuk mencari publisiti murahan semata-mata. Apa nak jadi dengan "Dunia Artis" sekarang ni, semakin rosak anak remaja sekarang bukan sahaja remaja yang dipengaruhinya malah kanak-kanak yang berusia baru setengah jagung pun dirosaknya. Mereka telah menguningkan minda anak-anak muda sekarang melalui drama, filem, nyanyian (media massa) dan media cetak.
Di sini kita sudah nampak bahawa semua ini adalah perancangan Yahudi laknatulLah yang sedang merancang kita dari belakang. Kita tidak sedar bahawa musuh-musuh kita telah merancang semua ini sejak dulu lagi. Mereka sudah merancang bagi menghancurkan umat Islam dengan pelbagai cara sedikit demi sedikit. Mereka telah memulakan rancangan mereka di negara Islam yang lain seperti Iraq, Afganistan, Palestin, Pakistan, Lubnan (Timur Tengah) dll. Dengan cara peperangan kerana mereka menganggap bahawa umat Islam di sana sukar untuk dipengaruhi dengan media massa, media cetak (pemikiran), politik, perkauman sahaja jadi mereka menggunakan kekerasan. Tetapi di sini, di bumi Malaysia yang dianggap aman makmur, mereka menggunakan rancangan dengan merosakkan pemikiran umat Islam di sini melalui media massa, media cetak, politik, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dsb bagi melaga-lagakan, memecah-belahkan (politik) umat Islam di sini. Hal demikian terjadi akibat ibu bapa yang mengatur cara hidup mereka (keluarga) mengikut cara barat bahkan tidak langsung memasukkan unsur keagamaan dalam hidup mereka sebab itu anak-anak muda sekarang jahil tentang agama kerana ibu bapa mereka sendiri turut jahil tentang agama.
Oleh itu, fikir-fikirkanlah, muhasabah diri kembali, pulanglah kembali ke jalan benar iaitu jalan yang diredhai oleh Allah. Jangan biarkan anak-anak anda atau anda sendiri terkapai-kapai dalam lembah kehinaan dan melayan nafsu syaitan laknatulLah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan