Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi sesungguhnya kebanyakkan perkara yang menyeronokkan itu yang mendatangkan keburukan kepada kita. Begitu juga dengan makanan, kebanyakkan makanan yang enak tidak halal dan mengandungi ramuan yang syubhah serta memudaratkan kesihatan. Tetapi ramai tidak menitikberatkan perkara ini bahkan hanya segelintir sahaja. Kebiasaannya masalah yang kecil ini akan menjadi besar jika perkara yang asas tidak dipedulikan. Umat Islam zaman kini sudah lalai sehingga tidak tahu yang halal atau haram. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil iktibar. Memang tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri sama ada sengaja atau tidak sengaja. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.
Berikut adalah 20 Perkara Jangan kita lakukan dalam kehidupan seharian kita:-
- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur atau ada sebab yang munasabah mengikut syara' lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita dan menyebabkan ibadah solat kita tidak sah.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan kita ketika makan atau minum.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Hukumnya makruh dan mewarisi kepapaan serta akan memudaratkan kesihatan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat) tidak akan datang dan mewarisi kepapaan.
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan serta kelihatan seperti orang yang kurang siuman.
Jangan biarkan mata liar (melihat perkara yang bertentangan syara') diperjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan bergaul bebas ditempat kerja atau ketika bersosial. Banyak buruk dari baiknya. Perlu tahu adab-adab bergaul mengikut syara'.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia tidak kira jika memang kita bersalah atau tidak.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia. Begitu juga dengan saudara kita sendiri.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita takbur apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. Kita mesti niat kerana Allah s.w.t dalam setiap kerja yang kita lakukan kerana banyak kelebihannya.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita serta meneratkan silaturrahim.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa dan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. Bak kata pepatah: " Berbohong lama-lama mencuri".
Jangan suka menganiaya atau menzalimi manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk kebaikan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sebelum terlambat.
"-S-e-L-a-M-a-T- -b-E-r-M-u-J-a-H-a-D-a-H-"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan