Isnin, Julai 01, 2013

Sudut Kesihatan: Mencari Minuman Yang Baik Untuk Kesihatan Buah Pinggang Dan Jantung


Bismillah walhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, pada entri kali ini, saya berasa suka berkongsi suatu ilmu yang penting untuk kesihatan badan. Memandangkan kerap kali kita dengar masalah penyakit kronik dan sukar diubati sehingga memakan masa yang lama untuk sembuh. Insya Allah, saya akan ulas sedikit sebanyak berkenaan dengan penyakit yang boleh diubati ini.

*****************

Kesihatan sebahagian daripada nikmat Allah. Kesihatan yang baik mampu mengawal sistem imuniti badan dengan baik dan membawa emosi yang lebih positif. Insya Allah, antara cara-cara mengelak dan mengawal penyakit ialah dengan meminum air dengan kadar sepatutnya serta melakukan aktiviti ringan selama 20 minit berturut-turut. Caranya dengan: (seminggu 2 kali-> 3 hari sekali)


1. minum air suam secawan tambah sesudu kecil air tawar yang dibaca ayat quran 30 juz. niatkan supaya  dapat kesembuhan.
2. buat senaman pernafasan. tarik nafas, tahan sekadarnya dan hembus perlahan-lahan sambil mengalih kepala ke kanan dan ke kiri. (sambil niat dalam hati: Bismillahi Allahu Akbar) selama 5 minit pertama.
3. renggangkan otot badan dengan berjalan dan berlari setempat sambil zikir subhanallah selama 4-5minit.
4. senaman ringan seperti depakan tangan dan gerak ke atas dan kembali depa kemudian gerakkan tangan ke depan sambil zikir alhamdulillah. Kaki dalam keadaan seolah-olah berbasikal. 5-10 minit.
5. baring dan letakkan tangan atas perut sambil angkat dua-dua belah kaki berselang seli selama 5 minit. dan akhirkan dengan bernafas sambil zikir lailaha illallAh.

Alternatif lain bagi penghidap penyakit kronik seperti buah pinggang, lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi, ana syorkan agar meminum air jus pisang + betik. Minum sebelum makan pagi.

cara-cara membuat jus:

- segelas air biasa tambah satu biji gula batu. kacau hingga sebati.
- sediakan sebiji pisang dan sepotong betik muda (ikut banyak mana).
- kisarkan dengan 'blender' campur dengan air yang telah sebati bersama gula tadi.
- tapis dan hidang untuk pesakit setiap waktu sarapan atau waktu makan tengah hari.

pesakit yang kritikal, boleh amalkan jus ini selama 3-5 minggu. sambil lakukan aktiviti berjalan setiap hari sepanjang 200meter. selawat sepanjang perjalanan dan minta agar Allah beri kesembuhan pada penyakit yang dialami.

pilihan lain: (buat semua)- selama 4-7 minggu

1. minum sesudu kecil minyak olive tambah sebiji perahan limau kasturi. minum setiap selepas makan pagi dan malam. baca surah al-fatihah pada campuran tersebut sebelum minum.

2. pakai bau-bauan yang disenangi air wangi atau sebagainya. (sentiasa) sebaiknya minyak kasturi.

3.  minum air kosong segelas sebelum tidur.

4. kurangkan minuman bergula dan bergas tidak boleh.

5. makan air zamzam (sesudu besar) bercampur telur separuh masak sebiji. (pagi sahaja)

pilihan lain: 

minum air barli tanpa gula. barli dikisar dengan segelas air yasin.
minum setiap pagi dan petang.

sebelum tidur minum air suam campur biji sauda' 11biji. baca al-fatihah sebelum minum dan selawat syifa'.

lakukan aktiviti ringan seperti berjalan selama 5-10 minit setiap hari.


****************
Insya Allah, akan sembuh jika istiqamah. elakkan ubat-ubatan yang mengandungi kimia berlebihan. seperti ubat tahan sakit.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...