Khamis, Februari 02, 2012

Jiwa Hilang 'Seri'?


Suami dan anak-anak adalah 'jiwa' rumahtangga, tapi, jika 'jiwa' mereka 'hilang' , siapakah yang harus dipersalahkan?

Wanita amat berperanan dalam 'mencetuskan' kebahagiaan dalam sebuah rumahtangga bukan sekadar kepada suami bahkan anak-anak mengalami timbal balas yg 'sama' (positif). Namun, keserian 'masjid' yang dibina ini seakan-akan pudar dek ketaasuban 'emosi tanpa kawal' dan tidak memandu 'harinya' dengan lebih matang dan 'bertenaga'.

Wanita Punca Masalah?

Wanita menjadi punca kepada masalah bila mana mereka menjadi 'batu api' pada sesebuah masalah. Sifat yang suka mengadu dan lebih suka mempersalahkan orang lain membuatkan mereka ini tidak berupaya untuk berdiri atas kaki sendiri. Mereka merasakan tindakan mereka seolah-olah sudah melihat pada kewajaran.

Kebijaksanaan isteri atau ibu dalam 'menguruskan' rumahtangga sangat diperlukan.

Anak 'Hilang Arah' Kerana Didikan "Emosi" Ibu

Ibu mendoakan anak-anak. Doa ini dilihat dalam skop yang pelbagai kerana sepanjang masa 'beribadah' sebagai ibu kepada anak dan isteri kepada suami, mereka membentuk kondisi dan hari-hari dalam rumahtanga. Hatta dalam soal kejayaan anak sekalipun, ibarat ibu penentunya. Disini kita dapat lihat betapa besarnya peranan ibu dalam mendidik anak.

Penerapan elemen motivasi dan cara hidup yang sihat sangat penting dalam menjamin masa depan keluarga 'bebas cacat cela' ('keluarga seimbang'). Namun, perkara ini dilihat gagal dihayati dalam keluarga masa kini.
Hakikatnya, masing-masing mesti berperanan dalam menjana keluarga yang 'sempurna'.
.................................................................
Sebagai anak, saya mahukan yang terbaik untuk keluarga saya. (suara hati yang tidak kesampaian)

Berurusan dengan manusia yang suka meletakkan kesalahan pada orang lain dan 'suka berpersepsi negatif' membuat kita 'gila' untuk berfikir bagaimana kita boleh ubah pemikiran orang sebegini. Sebab inilah tanggungjawab yang mesti dipikulnya.

Tidak mustahil, setiap apa yang berlaku menuntut 'kesempurnaan'. Cuma mengharapkan faham itu ada saling.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...