Sabtu, Oktober 08, 2011

Hudud 'Akidah' Kita

Assalamualaikum wbt...






Alhamdulillah ana diberi kesempatan berkongsi sedikit coretan yang mewakili kalam hati dan akal ana. Pada  entry kali ini, ana ingin berkongsi pandangan serba sedikit berkenaan dengan isu yang kian 'suam' dipanaskan sejak akhir2 ini, isu hudud...

Ana tidak berhasrat untuk mengulas panjang berkenaan dengan isu ini, cuma ana nak point kan hudud ialah sebahagian daripada cabang kecil kepada asas akidah kita sebagai seorang muslim. Terus terang ana katakan, ana tidak mahu mempolitikkan dan memperbahaskan isu yang dianggap kuno bagi sebahagian pihak yang 'kurang tahu' tentang agama. Malah, ana mahu sahabat2 sekalian menilai dengan penilaian yang adil, dan bukan menganggap isu politik  ialah isu sensitiv. Ana mohon sahabat sekalian keluar dari kepompong ke ruang lingkup zon yang saleem daripada sebarang entiti yang menghantui diri sekian lama yang sepatutnya bebas daripada sebarang penghambaan selain daripada Allah 'Azza Wa Jalla.

Disini, ana ingin membawa sahabat untuk berfikir sejenak siapa Pencipta kita? (ini bukanlah sesi muhasabah, tapi  ana ingin ketengahkan flow secara logik yang harus kita fikirkan semula sebelum membuat sesuatu penilaian). Jawapannya sangat mudah, hatta orang bukan islam juga meng'ilahkan Allah sebagai satu kuasa yang Maha Hebat mencipta kita. Daripada sebesar2 perkara hingga sekecil zarah, Allah mengatur segalanya dalam detik yang sama tanpa berlaku sebarang kecacatan. Contoh, bumi masih berputar pada paksinya, haiwan masih bergerak, mereka tidur, kita makan dan semuanya berjalan dengan serentak. Ini terbukti secara jelas bahawa Allah Maha Mengetahui, Maha Adil, Maha Berkuasa atas setiap perkara, tiada langsung sifat lemah (negatif). Seperti manusia, kita diajar untuk melihat kepada awlawiyyat (keutamaan), perlu fokus pada sesuatu dalam masa2 tertentu, tapi Allah tidak bergantung pada manhaj, peraturan atau sebagainya. 



Penerangan diatas adalah bertujuan untuk memberi gambaran (tasawwur) agar kita tidak menjadi sebahagian daripada orang yang menafikan hukum Allah. Soalan seterusnya, kenapa kita boleh mengimani Allah sebagai Pencipta, tapi tidak kepada guide yang Allah tetapkan untuk kita? Siapa kita untuk mempersoalkan ketidak sesuaian pelaksanaan hudud? istighfar, bertaubatlah~ 




Pokok pangkalnya, lihatlah daripada kaca mata kefahaman islam yang tulen. Rujuk kepada Ahlinya (pakar agama). Jangan sesekali merisikokan ketauhidan kita kepada Allah. Sememangnya kita masih diperingkat masyarakat islam; tidak mampu menilai sudut yang jelas berkenaan hukum hakam islam, tapi, ucapan seorang pemimpin bukanlah satu tiket untuk kita bertaqlid mengkhinzir buta terhadap sesuatu perkara yang melibatkan isu  asas ketauhidan. Sebagai seorang muslim, kita mesti bijak meneliti, menganalisis, membaca, mengedit semua input yang masuk dalam kotak informasi kita untuk melahirkan fikrah yang saleem (sejahtera). Jangan sesekali menjumudkan akal kita dengan penilaian berdasarkan persepsi nafsu dan akal sahaja. The point is, menilai sesuatu perkara dengan ilmu.~




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...