Ahad, Disember 20, 2009

Salam Maal Hijrah

0 Komen


.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani ::.

Selawat & salam dipanjatkan ke atas junjungan mulia akhirul anbiya' iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dengan hasil titik peluh serta penat lelah baginda dan para sahabat membawa amanah yang paling besar di mana sepanjang perjalanan hidup baginda dan para sahabat penuh dengan dugaan dan cabaran dan hanya mereka yang kebal iman dan tinggi kesabarannya sahaja dapat tempuh segala cabaran. Seterusnya, marilah kita mengucap kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan hasil titik peluh baginda dan para sahabat, dapatlah kita menikmati seindah nikmat-Nya iaitu iman dan Islam kerana lahirnya kita ke dunia ini tidak dalam kejahilan.

Dengan kesempatan ini, ana harap masih tidak terlambat untuk ana ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat serta semua pengunjung blog. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang lepas. Pelbagai peristiwa hijrah berlaku di bulan Muharram sebab itu dinamakan bulan hijrah. Kita harus faham makna hijrah dari segi jasmani dan rohani. Hijrah bukan sekadar berpindah tempat atau lokasi sahaja...kita perlu faham supaya kita dapat mencapai maksud hijrah yang sebenar. Kita perlu mengingati dan menghayati kembali peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. untuk kita jadikan ia sebagai wasilah dan landasan ke arah maksud hijrah yang sebenar.


ingin mengetahui mengenai sirah Awal Muharran & Amalan sunat pada Hari Asyura  layari: link


Di sini ana kongsi sedikit mengenai KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI TERSEBUT

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."



Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
 
Moga memberi  manfaat kepada para pembaca....salam maal hijrah 1431

Ahad, Disember 06, 2009

Wayang...Oh...Wayang...

0 Komen
Wayang-wayang........apa yang terlintas di benak fikiran anda?? Adakah ia suatu tempat yang menyeronokkan? Pasti ramai yang terfikir apakah hukum menonton wayang..@ mereka tidak kisah mengenai hukumnya...? Sekarang musim cuti...pasti ramai yang pergi menonton wayang...adakah anda juga pergi menonton wayang..@ anda tidak pernah jejak ke sana? Terpulanglah....

Sebelum ana mengepost entri ni, ana ada terbaca artikel mengenai masalah ini di blog yang cukup menarik....ana sarankan kepada anda (para pembaca) layari blog ini...blog ini cukup bermanfaat penuh dengan keinsafan. Memang x rugi klo anda layari dan baca ^_^

(Gambar Hiasan)

Berbalik kepada tajuk. Ana pernah dengar "orang kata beli tiket wayang bagaikan menempah tiket neraka......selangkah kaki pergi ke wayang.....sebelah kaki di neraka". Ungkapan ini ana tidak pasti sama ada benar atau tidak. Tapi kita perlu pandangan positif dan berfikir serta merenung apa yang tersirat. Ramai yang berpandapat pergi menonton filem atau wayang menyeronokkan..ingatlah dunia ini hanya sementara...jangan kita leka dengan keseronokan kelak kita akan menimpa musibah....ingatlah mereka2 yg memang mahukan kesenangan di dunia yg fana ini beserta kemudahan meskipun hadis Nabi s.a.w:
"dunia ini penjara bagi orang mu'min".

Pada pandangan ana mengenai hukum menonton wayang ia boleh sekiranya ada syarat-syarat yang bertepatan dengan hukum syara'. Pada pandangan ana menonton wayang tidak boleh pada zaman kini kerana suasananya gelap mengundang fitnah, bercampur kaum lelaki dan kaum perempuan, isi kandung filemnya tidak menepati syara', suara kaum hawa tidak terjaga begitu juga pakaianya yang mana alasan ini kebanyakkan orang tak boleh terima atas sebab zaman sekarang dah tak boleh elak untuk tengok aurat bukan mahram..., masa ditayangkan ketika waktu solat, di kaunter tiket sblm masuk ke panggung wayang terpapar iklan-iklan tajaan arak dan terpapar gambar-gambar tubuh manusia yang terbuka, hasil wang tiket kita akan disalurkan di mana?


(Gambar Hiasan)

Sudah pasti wang kita disalurkan kepada iklan-iklan tersebut dan menguntungkan pengarah dan penerbit filem serta owner panggung wayang memajukan perniagaan dengan menambah pusat-pusat hiburan dan pelacuran manakala bagi pengarah filem dan penerbit pasti akan menghasilkan filem yang merosakkan fikiran anak muda sekarang di samping meruntuhkan aqidah umat akhir zaman. Pasti tercapai hasrat orang kafir dan yahudi laknatulLah membunuh umat Islam yang kian terleka dengan hiburan yang berleluasa melalui media massa dan teknologi canggih (IT) yang lain. Mereka juga pasti sedang mentertawakan kita di belakang kerana tidak sia-sia titik peluh mereka berjaga, mencari jalan menjatuhkan umat Islam menerusi hati-hati yang penuh kegelapan.

Kita harus fikir semuanya itu seperti kita makan. kita perlu tahu apa yang kita makan, sumbernya datang dari mana? Adakah ianya halal dan baik untuk kita? seperti juga jika kita memilih calon2 pasangan hidup kita. kita mesti tahu susurgalur calon pasangan itu supaya tiada masalah zahir dan batin.

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :

لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.

وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitinya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”


Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dan sebagainya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya meninggalkan solat Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul di antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton di dalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial di dalam masyarakat.

Di zaman Rasulullah s.a.w dan juga kata2 seorang sahabat yg hidup selepas kematian Rasulullah s.a.w dgn mengatakan "hari ini, orang melihat suatu dosa seperti seekor nyamuk hinggap di atas kepalanya, yang mana dosa itulah pada zaman para aku dulu dianggap seperti bukit yg mahu menghempap kepala" Itu baru beberapa tahun selepas Rasulullah wafat..? Hari ini? Na'uzubillah..Fikir-fikirkanlah


Sekian, wassalam

Sabtu, Disember 05, 2009

Azab Allah sudah Tiba

0 Komen
(gambar Hiasan)

Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, smoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah:
1. Tidak nampak perzinaan pada sesuatu kaum sehingga mereka berani terus-terang melakukannya, melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang menular (tha'un) dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan (curang dalam perdangangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau penjang dan kesulitan mencari rezeki, dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.
3. Dan tidak menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.
4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka, musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri
Penerangan Hadis:

Marilah kita merenung sejenak hadis di atas dan membuat hisab ke atas diri dan masyarakat kita. Saban hari kita membaca akhbar dan mendengar berita tentang kepincangan umat Islam akhir zaman. Justeru itu, benarlah apa yang disebut oleh Rasulullah SAW tentang umat akhir zaman.

Hakikat yang perlu kita teliti ialah, adakah kita sekarang hidup dalam keredhaan dan keberkatan Allah atau sebaliknya? Melihat kepada perkara yang berlaku hari ini, sewajarnya kita bertanya kepada diri kita: Apakah sumbangan kita untuk Islam, Allah dan RasulNya? Bukan sekadar kita menyalahkan  individu yang terlibat dalam maksiat dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekitar kita dengan alasan "Bukan hal aku". Adakah kita mahu melepas tanggungjawab kita yang telah diamanah oleh Allah SWT kepada kita? Sekarang ialah masanya untuk kita memikirkan apakah tindakan kita selanjutnya. Mahukah kita melihat perkara ini berterusan. Atau kita tergolong dalam golongan yang ingin merebut pahala jihad di sisi Allah. Fikir-fikirkanlah....

Riwayat: Ibnu Majah

Ayat Palsu Dalam al-Qur`an

1 Komen

(Peliharalah kitab suci al-Qur`an al-karim)


Assalamualaikum W.b.t. 

Maklumat ini adalah pemberitahuan daripada seorang muslimin yang prihatin (Mohamad Hazari) dalam Bahasa Inggeris tetapi telah di Bahasa Melayukan.... Apabila saudara-saudari hendak membeli Al-Quran terutamanya yang dalam edisi baru, maka berhati-hatilah kerana terdapat 4 surah yang palsu hasil ciptaan kafir laknatullah.....surah-surah tersebut adalah :

a) Al-Iman
b) Al-Wasaya
c) At-Tajassud
d) Al-Muslimoon

Sekiranya anda kurang pasti....layari website ini di dalam website ini terdapat surah tersebut dan maksudnya sekaligus. (website ni ana dah bukak tapi 'page not found' mungkin website ni telah dibuang)


Selain itu, jangan sekali-kali anda layari thequran kerana segala isinya adalah palsu....  
Dengan ini.....saya berharap anda sekalian dapat forwardkan mesej ini kepada seramai mungkin umat Islam.... walaupun berita ini sudah lama supaya kita lebih berwaspada...Sesungguhnya, pahalalah yang akan anda terima,

Sekian, Wassalam....
 --- End forwarded message ---


Subject: ayat palsu: Be Carefull!!

Beberapa waktu yang lalu saya memperoleh informasi ttg surat-surat palsu yang disisipkan dalam Al Qur'an cetakan terbaru. Mungkin sudah banyak ikhwan dan akhwat pembaca yang telah mengetahui.


Alhamdulillah, dengan bantuan rekan-rekan muslimin, saya telah dibantu untuk menterjemahkan isi surat-surat palsu tsb tsb. Sayang untuk penulisan dalam text Arab belum boleh dilakukan di e-mail ini (berhubung tidak ada kemudahan Arabic Text). Berikut terjemahan isi surat-surat palsu tsb.


i- Surat At-Tajassud (Penjelmaan)

  1.  Puji syukur kepada-Nya yang telah menciptakan syurga yang tanpa batas.
  2. Dia ciptakan bumi yang sebahagian terdiri daripada air dan sebahagian lagi tanah.
  3. Katakan pada orang-orang yang telah diperdaya oleh ajakan syaitan : fikiranmu telah dibutakan sehingga kamu menuduh bahawa Allah itu keliru dan menjadi pengikut syaitan.
  4. Syaitan akan selalu menjadi musuh yang paling besar bagi manusia.
  5. Jika Allah menghendaki, Dia boleh membuat seorang anak dari batu, seperti yang telah Dia katakan pada alam ini : jadilah, maka akan jadi mustahil bagi Allah bahwa Dia harus menukarkan keputusan-Nya dengan orang lain.
  6. Mustahil bagi Allah bahawa Dia harus mengambil satu dari mahluknya sebagai anak.
  7. Katakan pada orang-orang yang masih meragukan apa yang telah diberitakan sebelumnya ; Kristus adalah bukan makhluk Allah, dia telah bersama Allah pada awalnya dan akan selalu bersama-Nya.
  8. Dalam Dia (Allah) dan dari Dia, dia (Kristus) berasal, bersama dengan jiwa-Nya, satu Tuhan, abadi, satu dan tidak lebih dari satu. 
  9. Seperti seorang ayah yang mengirimnya kepada umat manusia seperti yang telah Dia janjikan.
  10. Dia tiupkan/turunkan roh seperti sabda-Nya ke dalam rahim seorang perawan yang akan lahir sebagai manusia
  11. Dia berbaur dengan manusia biasa, berwujud seperti manusia, mati sebagai pengorbanan atas nama manusia dan seperti manusia, juga dia dikuburkan/dimakamkan.
  12. Dan seperti Bapa yang ada di Syurga, setelah 3 (tiga) hari dia naik.
  13. Bagi siapa yang tidak percaya keajaiban-Nya, dan mengatakan hal-hal yang buruk tentang-Nya.
  14. Allah tidak akan melepas kanmu dari kemurkaan-Nya.
  15. Tapi bagi siapa yang percaya pada-Nya dan pada Almasih-Nya, mereka akan mendapatkan pengampunan dan syurga dimana mereka hidup abadi.
ii- Surat Al-Iman (kepercayaan)

  1. Cerita tentang beberapa pengikut dalam kitab, pada saat badai menghantamnya ketika mereka sedang berlayar.
  2. Kemudian mereka melihat bayangan Kristus berjalan di atas air. Mereka lalu berkata : Apakah Tuhan kita itu sedang menertawakan kita atau kita yang sedang gila ?
  3. Lalu terdengar suara aneh yang berkata : jangan takut ini aku, apakah kamu tidak melihat ?
  4. Maka, satu dari mereka berteriak : Tuhanku, bimbinglah aku, jika Kau memang disini, untuk berjalan di atas air. Ya Allah jadikanlah keraguanku ini menjadi sesuatu yang pasti.
  5. Dia (Allah) berkata padanya : kemarilah dan jadilah mu'jizat/keajaiban yang akan selalu diingat.
  6. Dan jadilah sang pengikut/umat tersebut berjalan, dia lalu lihat betapa kencangnya badai yang datang sehingga dia menjadi takut akan tenggelam, lalu dia berteriak lagi kepada Tuhannya untuk minta pertolongan.
  7. Dan Dia mengeluarkan tangan-Nya dan menariknya sambil berkata : Oh ? Kamu mempunyai sedikit kepercayaan, itulah hadiah/pahala bagi kamu sekalian yang ragu.
  8. Dan segera setelah Dia pergi dengannya dengan kapal tersebut, badai reda dan si pengikut ini mengucapkan terima kasih pada-Nya dan berkata;
  9. Kau adalah benar-benar anak Tuhan; dalam dirimu kami percaya dan di depan-Mu kami berlutut.
  10. Dia berkata : Suka cita adalah untuk mereka yang percaya tanpa mencampuradukkan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang meragukan. Itulah hasil yang sebenarnya.
iii- Surat Al-Muslimun

  1.  Alief lam saad miim.
  2. Katakanlah : Hai kaum muslimin, kamu sekalian sudah tersesat jauh.
  3. Bagi yang tidak percaya kepada Allah dan Kristus-Nya, akan menikmati hari akhirnya dalam nyalaan api dan seksaan yang pedih.
  4. Beberapa wajah pada hari itu akan terlihat memelas dan ketakutan mencari pengampunan dari Allah dan Allah akan menolong apa yang Dia inginkan (untuk ditolong).
  5. Pada hari itu Sang Maha Pengampun berkata : Hai umat-Ku, Aku telah menguruniakan padamu petunjuk dalam Taurat dan Injil.
  6. Dan kamu seharusnya tidak memungkiri apa yang telah Aku perintahkan kepadamu dan menyesatkan diri dari jalan yang benar.
  7. Mereka berkata : kami tidak tersesat sendiri tapi dia (Muhammad) yang telah dijadikan salah satu utusan (Allah) telah salah memimpin kami.
  8. Dan Allah berkata : Hai Muhammad, kau telah memmujuk umat-Ku dan menyebabkan mereka tidak mempercayai.
  9. Dia berkata : ya Tuhanku, adalah syaitan yang telah memmujukku dan yang sebenarnya akan selalu mengganggu anak-cucu Adam.
  10. Dan Allah akan meng ampuni orang-orang yang telah terpujuk dan lalu menyesal dan dia akan memaksa dia yang telah terpujuk oleh syaitan, yang menyedihkan.
  11. Dan jika Allah memerintahkan sesuatu, Dialah yang paling tahu apa yang diperintahkan dan Dia dapat melakukan segalanya.
iv- Surat Al-Wasaya (comandements) (Perintah Allah)
  1.  Alief lam miim dzal
  2. Kami telah kirimkan kepadamu seorang pembawa berita.
  3. (Sesungguhnya) untuk mengatur apa sahaja di dunia ini supaya berjalan dengan semestinya.
  4. Dia yang patuh akan aturan-Mu, akan baik bagi dirinya sendiri dan bagi dia yang tidak patuh akan menerima kenyataan yang pahit.
  5. Kami telah memberi Musa sepuluh perintah Tuhan (ten comandements) Kami berikan kepadamu (banyak) sepuluh yang lain, seperti kami jadikan kamu sebagai nabi terakhir dan mengangkatmu sebagai raja mereka.
  6. Kamu hapus apa yang ingin kamu hapus dari perintah yang telah Aku berikan pada mereka seperti yang telah Kami izinkan padamu untuk merubah keputusan-keputusan kami.
  7. Katakan pada umat-Ku yang percaya untuk bersembunyi manakala mereka menguap untuk menghindari dari tertawaan syaitan dan untuk mengagungkan Allah manakala mereka bersin.
  8. (dan katakan padanya) untuk tidak memelihara anjing di rumah dan tidak memasang/menggantungkan gambar di dinding rumah mereka.
  9. Dan jika mereka memakai sepatu (katakan pada mereka) pakailah yang kanan dahulu sebelum yang kiri dan jika mereka tidak mematuhi hal tersebut mereka akan mendapat dosa besar.
  10. Dan bila mereka menjawab ajakan alam (katakan pada mereka) untuk menghapus yang akhir dengan tiga buah batu dan hindari menggunakan kotoran kerana itu adalah makanan jin dan itulah maka terlarang bagi orang-orang yang percaya.
  11. Katakan pada umat-Ku yang percaya, untuk menyerang siapapun dan membunuh untuk menjaga miliknya dan barang siapa yang tidak pernah punya keinginan untuk menyerang itu dia akan mati sebagai orang munafik dan akan dicampakkan (di hari kiamat)
  12. (dan katakan) pada yang takut ilmu sihir untuk makan tujuh kurma dan Allah akan menyelamatkannya dari sihir tersebut dan menjauhkannya.
  13. Katakan pada umatku jika mereka ingin bersumpah, bersumpahlah kerana Allah sebanyak yang dia suka. 
  14. Dan (katakan padanya) untuk menikahi wanita yang menurutnya baik, atau tiga atau empat, sehingga Kami mudahkan agama baginya.
  15. Dan jika kamu memperpendek perintah itu panggil Jibril dan dia akan segera datang.
  16. Dan jika Jibril sibuk, pergilah ke Warakah bin Naufal dan mintalah pertolongan darinya sebelum Kami ambil nyawanya dan wahyu itu akan mustahil datang padamu.
akhir kalam dari penulis:
Segala puji bagi Allah Dengan Kebesaran-Nya...jika kita renung sejenak pasti kita terfikir bahawa ini  adalah di antara tanda kebesaran Allah dan kemukjizatan al-Qur`an kerana segala isi kandungnya akan dipeliharan oleh Allah SWT hingga hari kiamat. tiada ahli pakar bahasa dan sastera di dunia ini dapat mengubah segala ayat dan isi kandung al-Qur`an...walaupun sedikit...Allah Maha Mengetahui segala apa yang tersembunyi di dunia ini...pasti dunia akan tahu setiap ubahan yang diubah oleh kafir laknatulLah...setiap ubahan dan rekaan pasti akan terbongkar...

P/S: mohon sebarkan kepada orang ramai.....supaya dapat menyelamatkan saudara seIslam kita daripada kesesatan dan kekeliruan....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...