Sabtu, September 19, 2009

12 Barisan Di Akhirat

0 Komen


Suatu ketika, Mu`az bin Jabal r.a. mengadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T.: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (surah an-Naba': 18). Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Mu`az, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaab mereka sendiri..."Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA:
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA:
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Besar:"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA:
Mereka berbentuk seperti keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARIASAN KEEMPAT:
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA:
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia (Hipokrit)tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T., maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM:
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan."Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH:
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN:
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah nereka..."

BARISAN KESEMBILAN:
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH:
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."

BARISAN KESEBELAS:
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar bermacam-macam kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."

BARISAN KEDUA BELAS:
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar bak bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:


"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih...."

:: Tazkirah Aidilfitri ::

0 Komen


Esok adalah hari seluruh umat Islam bersatu melaungkan kebesaran Allah Azza wa Jalla . Ia merupakan
laungan kesyukuran dan penghambaan kepada Tuhan yang satu yang telah mengurniakan segala bonus lumayan di sepajang Ramadhan. Laungan yang penuh dengan tahmid dan tauhid ini adalah sebagai menyatakan kesyukuran setelah umat islam berjaya menjadikan Ramadhan yang telah kita lalui sebagai madrasah yang mengembalikan kita kepada asal fitrah kita sebagai hamba yang akhirnya membawa kita mendukung segala tanggungjawab kita sebagai hamba di hadapan Allah s.w.t.

Oleh sebab itu, hari ini umat Islam dianjurkan untuk berpakaian yang baru, berkunjungan, berpesta dan berhibur untuk menghidupkan suasana ceria dalam sambutan hari besar umat Islam ini. Namun hiburan dan keceriaan yang kita maksudkan bukanlah hiburan melampau dan sesat seperti yang disediakan oleh kebanyakan media dan televisyen saban tahun. Pengisian raya yang menderhakai Allah dengan rancangan2 yang tidak mengajak kepada kebesaran Allah dan rancangan mungkar yang tidak ketahuan telah mencemarkan sambutan kita meraikan kemenangan kembali kepada fitrah dalam menjunjung segala perintah dan menjauhi segala larangannya

--------------------------------------------------------------------------------

Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 185:
Ertinya : dan supaya kamu menyempurnakan puasa di hari-hari Ramadhan, lalu kamu hendaklah membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid kerana telah mendapat petunjuknya di bulan Ramadhan. Semoga kamu bersyukur.

--------------------------------------------------------------------------------


Rasulullah saw dalam hadis riwayat At-tobarani menyebut;

Ertinya: hiasilah hari raya kamu dengan laungan Takbir membesarkan Allah.

 --------------------------------------------------------------------------------


Eidul Fitri ini sangat besar dalam erti menghidupkan jiwa kehambaan kepada Allah. Rasulullah saw bersaba di dalam riwayat ibnu majah:

Ertinya : Sesiapa yang menghidupkan malam hari raya dengan penuh mengharapkan keredhaan Allah maka hatinya tidak akan mati sebagaimana matinya hati-hati mereka yang kufur dan ingkar pada hari dimatikan hati-hati manusia.

 --------------------------------------------------------------------------------


Oleh itu, janganlah Eidul Fitri kali ini kita mencemarkan ibadah raya ini dengan tertipu dan terpana dengan rancangan mungkar yang disediakan oleh media. Media dan televisyen seharusnya bertanggungjawab menghormati hari raya dan umat islam itu sendiri dengan menyiarkan program-program yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Amat malang jika tujuan Hari Raya untuk kita membesarkan Allah dan bergembira dengan disiplin dan peraturan yang ditentukan syarak, tiba-tiba siaran media kita menyiarkan apa yang bertentangan dengan itu.

Launagan takbir dan tahmid yang kita sorakkan sempena Aidil fitri ini juga merupakan laungan kemenangan Islam Agama suci ke atas gabungan musuh yang menentang Islam. Sebuah kemenangan yang berpaksi kepada ajaran tauhid , mengesa dan mengagongkan Allah Jalla wa A’la .

“ Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah Tuhan Yang Maha Esa , Tuhan Yang Telah benarlah JanjiNya , Tuhan Yang Telah Memberi Kemenangan kepada HambaNya dan Tuhan Yang telah Memberi keperkasaan kepada TenteraNya dan Tuhan Yang telah Membinasakan Tentera Ahzab dengan segala keEsaanNya .

Tiada Tuhan Yang layak disembah melainkan Allah dan Allah adalah Tuhan Yang Maha Agong……….. Allah Tuhan Yang Maha Agong dan kembali kepada Allah segala Kepujian “.

Selain itu laungan ini juga mengajak kita menginsafi hakikat kejadian manusia di muka bumi selain mengajak manusia kembali kepada asal fitrah manusia sebagai hamba yang sepatutnya menjunjung segala amanah dan perintah Allah selain menjauhi segala larangan Tuhan Sang Pencipta.

Sedarkah kita bahawa umat semakin tenat?

Ibubapa sibuk memburu kemewahan dunia sehingga anak terabai tanpa didikan dan asuhan yang sempurna. Hilang kasih sayang , lekang kemesraan dan hancur adab susila . Keluarga sedemikian hanyalah melahirkan anak yang liar tanpa kawalan , isteri durhaka tanpa rasa hormat kepada suami dan ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab dan dayus tanpa rasa bersalah.

Golongan remaja pula mereka hanya dilingkari hiburan dan rakan sebaya yang tidak membantu pertumbuhan jati diri yang berwibawa dan bertaqwa . Masa depan mereka tidak terarah kepada positif. malah ramai yang terjebak dalam dunia maksiat yang keji dan jenayah yang jijik. Mereka menyumbang kepada peningkatan taraf index jenayah yang menggugat rasa aman dalam Negara.

Bukan kata golongan remaja sahaja yang bermasalah, tetapi golongan tua dan veteran yang diharap sebagai pembimbing juga terlalu banyak yang terlanjur dengan gejala yang membimbangkan. Pendek kata, semua lapisan masyarakat berhadapan dengan keruntuhan akhlak dan krisis agama yang sangat membimbangkan. Jika keadaan ini tidak disedari dan diberi perhatian oleh kita semua, kita bimbang keadaan ummat islam yang semakin tenat ini akan bertambah hancur.

Bersempena eidil fitri kali ini, marilah sama-sama kita menginsafi segala ketelanjuran kita di hadapan Allah dan saling merenung kesilapan kita sesama makhluk Allah.

Eidul Fitri ini bukan sekadar harus dipupuk semangat bermaafan sahaja, Malah bagi mereka yang mampu dianjurkan membantu golongan yang kurang senang untuk sama-sama menyambut Eidul Fitri dengan penuh kegembiraan. Namun harus diingat, lebih dari itu marilah bersempena Eidul Fitri tahun ini kita menghidupkan kembali suasana Amar Makruf Nahi Munkar dalam kehidupan bermasyarakat. Sesungguhnya adalah tanggungjawab dan amanah kita bersama membetulkan segala kesilapan masyarakat kita.

Apakah kita layak menyambut Sambutan Besar umat Islam kembali kepada asal fitrah sebagai hamba Allah yang suci bersih dengan rahmat, pengampunan dari segala dosa dan pembebasan dari Azab neraka Allah yang kita telah dilatih sebulan Ramadhan ini?

Marilah bersempena Eidul Fitri ini, kita merenung suatu kaedah dan cara yang boleh kita ambil dalam pelbagai ruang dan kesempatan untuk mengembalikan masyarakat Islam kepada ajaran Islam yang betul. Marilah sebagai ibu atau bapa, sebagai guru, pendidik atau seumpamanya, sebagai anak-anak dan adik beradik, sebagai teman-teman dan sahabat-sahabat dan sebagai anggota masyarakat, kita berfikir bagaimana untuk kita bersama mengangkat maruah Islam yang kita sendiri telah rendahkannya. Marilah kita berfikir bagaimana mahu menyelamatkan anak-anak, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat kita dari terus hanyut sesat dalam kancah gejala sosial, akhlak dan aqidah umat akhir zaman hari ini.

Akhirnya, marilah sempena Eidul Fitri kali ini sama-sama kita merenung sepotong ayat Al-Quran untuk mengisi sambutan dan pesta manusia kembali kepada fitrah insani sebenar yang tidak tercemar.

--------------------------------------------------------------------------------


Toha ayat 124 – 128.

" Barangsiapa yang berpaling tadah dan tidak mengikut Preingatanku (ALLAH) dari kitab Al-quran maka baginya kehidupan yang pincang lagi kelam kabut. Dan Kami (Allah) akan himpunkan orang tadi pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta."

Lalu berkatalah orang tersebut : Wahai Tuhanku mengapakan engkau bangkitka aku dalam keadaan buta sedangkan dulu di dunia aku dapat melihat?

Allah menjawab : Begitulah jadinya. Sebenarnya telah dating kepada kamu peringatan dan ayat-ayatKu tetapi kamu sengaja melupainya. Maka sepertimana kamu biarkan dan tinggalkan ayat-ayatku, hari ini kami pula yang akan membiarkan kamu. Demikian juga kami akan membalasi sesiapa yang melampau dan tidak mempercayai peringatan Tuhan-Nya.

Sedarlah azab Allah itu sangat pedih lagi berkekalan.

Adakah mereka mereka tidak mengambil iktibar dan mendapat petunjuk tentang sudah berapa ramai golongan-golongan kufur dan ingkar dahulu yang telah kami binasakan sedangkan mereka itu berjalan dan melilau di tempat yang sama pernah dijalan oleh golongan yang dimusnahkan terdahulu.

"Ingatlah, sesungguhnya itu semua merupakan petunjuk kepada mereka yang ada akal."


Rabu, September 09, 2009

10 AMALAN YANG TERBALIK

0 Komen
.:: Renung Kembali ::.
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? Fikir-fikirkanlah....


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau orang-orang kaya kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan ibadah haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

**Utarakan pendapat anda mengenai 10 Amalan Yang Terbalik ini diruang Suara Penunjung**

.:: Selamat Bermujahadah ::.

:: Award ::

0 Komen
Pertama, kena letak 5 fakta menarik tentang pemberi award.
1. Ismuha...Zahrina Masturah bt Zulkepli
2. SMA 2009 candidate
3. Orangnya cantik, sungguh terpesona, baik, dan ada ciri2 muslimah sejati..i.Allah
4. blog die sangat cantik / blognya menarik juga
5. classmate ana / kenal dy time Form 1 (2005).
Next, kena nyatakan 10 fakta diri sendiri
1. Agama Islam
2. Perempuan
3 Melayu
4. Berumur 16 tahun
5. Tinggal di bumi Malaysia
6. Mempunyai adik-beradik yang ramai
7. Mempunyai ibu dan ayah
8. Mempunyai sahabat yang prihatin
9. Berkaca Mata
10. Masih belajar
Beriaward ini kepada 10 orang dan describe mereka:
1. Ukhti Maria > ex-smik / senior
2. Ukhti Nurul `Aisyah > Senior / SPM candidate `09 / sangat baik
3. Ukhti Izzati > Senior / SPM candidate `09 / orangnya comel
4. Ukhti Husnun > ex-smik / senior / sangat pandai / skang blajar kat Mesir
5. Ukhti Fathiyah > ex-smik / senior/ cantik orangnya
6. Ukhti Suhana > kenal di blog / blog hijau yang sangat cantik
7. Ukhti wardatulsyauqah > kenal di blog
8. ..........
9. ................
10. .................hmm...xcukup oranglah..buat pengunjung sesiapa yang nak amik award ni silalah...


Alhamdulillah siap jugak...susah jugak nak fikir soalan2 kat atas tu macam jawab pekse pulak...lebih2 lagi bila nak cari 10 orang tu...ape2 pun ni award yg pertama ana dapat....terima kasih...to Zahrina

Isnin, September 07, 2009

Menghayati makna, hikmah peristiwa Nuzul al-Quran

0 Komen
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
RAMAI pengkaji berselisih pendapat tarikh sebenar turunnya kitab suci al-Quran, namun mereka bersepakat mencatat peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Perkataan 'nuzul' (نزول ) bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jenayah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.
Firman Allah SWT: "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An'am:38)

Nuzul al-Quran suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Bukan setakat membaca, bahkan kita harus berusaha menyelidiki rahsia ilmu pengetahuan di dalamnya.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5)
Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran."
Antara faedah membaca al-Quran adalah;
  • Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
  • Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
  • Memperoleh pahala yang banyak;
  • Membahagiakan rakan seperjuangan;
  • Menghapus kesalahan dan dosa;
  • Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
  • Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
  • Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
  • Memelihara umur manusia;
  • Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
  • Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.
sumber

Ahad, September 06, 2009

My First Tag...!

0 Komen
1-copy gambar amal Islam di atas..copy satu post ni pun tak mengapa..cuma tukar sket yg mana tak berkenaan.. mudah dan menjimatkan masa..harapnya begitu la..
- xperlu tukar kot..semuanya dah ok...emm memang mudah...
2- kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat..!!!10 orang tahu.. Lebih2??? lagi bagus. Kalau nak bagi semua..??amat digalakkan..
-i.Allah
3- gambar ini hak cipta tidak terpelihara..jadi sebar-sebarkanlah ye..
- bagus2..!!!^_^
4 -perkara yang wajib anda lakukan?? senang jer..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas..kalau tidak nampak??zoom la..
- insyaALLAH..
10 orang yang terpilih untuk terima tag nie:_
- hmm...nak cari mana ye..rasanya kebanyakkanya semua sahabat2 ana dah ditag..takpelah ana
cuba cari mana tahu ada yang belum kena tag ni..tapi ana xdapat senaraikan..disini..
 
peNuLis:
Alhamdulillah...siap juga akhirnya...mula xtahu tag tu ape..nak post tag ni pun tak tahu..rupanyer senang je..maklumlah ni kali pertama ana kena tag..sebelum ni tengok banyak tag kat blog ukh Zahrina jer...ape2pun dapat pengalaman baru..sama2 kita tingkat amal Islam kita bagi mencapai MardhatilLah...i.Allah.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Akhirul Kalam...